Bawah 18tahun berhak tentu agama - Lagi kes berlindung bawah gereja.
Apa lah nak jadi dengan orang islam neh. Suka2 je menyusahkan pihak gereja bila menghadapi masalah rumahtangga. Bila benda dah kecoh mula lah gereja kena tuduh segala bagai. Padahal niat pihak gereja cuma nak membantu je. Walaupun tak dinafikan ada juga paderi gereja yang ekstrem terlibat dalam gerakan murtad umat islam tapi itu bukan lah mewakili ajaran kristian dan masyarakat kristian secara keseluruhnya. Baca bawah ;
PETALING JAYA: Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak sampai dua minggu lagi, lain pula dengan nasib lima beradik beragama Islam yang terpaksa menyambut 1 Syawal di bawah pengawasan sebuah gereja, dekat sini.[1]
Semuanya gara-gara tindakan bapa mereka menyerahkan lima beradik terbabit kepada gereja itu selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya.
Yang menyedihkan, lelaki itu yang juga doktor, enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian. [2] Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja.
Kes itu terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan di Gereja Methodist, Damansara Utama, dekat sini, dilaporkan 4 Ogos lalu. [3]
Mendedahkan perkara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah, berkata pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan Baitul Fiq.
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain.[4]
“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” katanya.[5]
Menurutnya, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh.
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita.
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain.
“Yang saya khuatir ialah soal akidah lima beradik itu dan saya sedih dengan tindakan si bapa menempatkan mereka dalam gereja,” katanya.[6]
Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.
Katanya, lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini, dan kemelut yang berlaku dikhuatiri turut menjejaskan persiapan peperiksaannya.
Difahamkan, setakat ini lima beradik terbabit masih beragama Islam tetapi dikhuatiri menukar agama jika waris atau penjaga mengarahkan mereka berbuat demikian kerana hak menentukan agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terletak di tangan waris.[7]
1. Anak2 neh masih islam lagi. Kalau tak, takdelah beria2 nak sambut syawal kan.
2. Bapak kepada budak2 neh ada masalah jiwa agaknya. Kalau tak apsal dia menyusahkan pihak gereja dalam hal neh? Macam lah tak boleh jaga anak2 tue sendiri. Yang dah besar2 boleh lah duduk rumah dan jaga diri sendiri. Yang umur lima tahun hantar taska sudah. Apsal beria2 nak masukkan dalam gereja pula?
3. Pihak gereja yang prihatin nampaknya tidak mahu disalahanggap lalu menghubungi orang yang berkaitan agar membawa pulang kanak2 islam neh sebelum pihak gereja disalahanggap dan dikecam tak pasal2.
4. Tapi bapak budak2 neh main halang2 lah plak.!
5. Pihak gereja tidak mahu dituduh melulu tapi bapak budak2 neh macam sengaja nak menyusahkan pihak gereja. Yang kesian budak2 neh. Takde tempat nak tuju.
6. Ramai prihatin dan sudi membantu tapi kalau bapak budak neh tak bagi bantu pun payah juga.
7. Nampak tak? Alahai.. kalau betul bapa dia ada niat macam tue.. takley lah nak salahkan sapa2 lagi melainkan bapak budak2 tue. Janganlah nak maki pihak gereja pula pas neh. Terang2 bapak dia yang taknak dibantu dan hantar anak2 agar duduk di bawah asuhan rumah perlindungan islam.
Sumber : sini
Sozcyili : RUMAHTANGGA punya pasal, anak2 jadi bahan!
Tiada ulasan
Catat Ulasan