t>

Breaking News

Kurma pun ada tiruan.





Aduhaiii.. sapa lah yang mendajalkan orang kita macam neh. Cukup2lah tue. Ye memang seme nak untung. Memang seme nak cari duit. Tak payah tengok jauh. Tengok diri sendiri sudah. Tapi perlu ke sampai menipu macam neh? Sehingga menjejaskan kesihatan orang lain? 


Ciri2 kurma tiruan. Mesti baca. Agar anda tidak tertipu.

1. Dijual secara timbang - namun bukan semua kurma yang ditimbang itu adalah tiruan.

2. Dicampur dengan bahan pemanis. Maksudnya rasa kurma neh akan menjadi manis seolah2 ibarat kurma mahal.. Bahan pemanis neh ialah gula merah. So kalau ada sapa leh ajarkan cara2 nak extract gula merah neh daripada kurma dengan kadar segera bila di uji lagi bagus. Yelah, nak rasa? kita puasa. Ada baiknya kalau kita dapat tipsi untuk mengenalpasti bahan tiruan neh on the spot supaya tak terbeli.

3. Baca bawah neh ;

GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis. 

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah. 

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula. 

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana. 

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah. 

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. - Kosmo Online

Sozcyili : Jangan lah tamak sampai jejaskan kesihatan orang awam... 

Tiada ulasan