Buka puasa di gereja cubaan murtadkan umat Islam
Ingat tak tadi aku ada tulis kat sini pasal isu neh? Sekarang kat bawah neh pula ialah jawapan balas daripada pihak JAIS. Cuba baca ;
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya malam semalam kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.
“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.
“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan (kiri) dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.
“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.
Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.
“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.
Kan aku dah cakap, lebih baik kita tunggu dulu jawapan daripada pihak jais sebelum membuat apa2 kesimpulan. Ini tidak main pongpang2 salahkan jais segala bagai. Aduhaii.. buatlah kesimpulan selepas mendengar penjelasan dari kedua2 belah pihak, barulah adil.
Dan andai dakwaan jais ini benar maka kita berharap paderi kristian yang bertanggungjawab haruslah dihukum kerana ada cubaan memurtadkan umat islam bertopengkan bantuan amal. Bukan apa, kita taknak nanti mereka sewenang-wenangnya murtadkan umat islam di malaysia walaupun perlembagaan kita tidaklah sekuat mana dalam menjaga akidah umat islam tetapi diharapkan badan agama seperti jais boleh bertindak menggunakan bidang kuasa yang paling maksima bagi membendung gejala murtad.
Dan andai dakwaan jais neh palsu, kita tuntut penjelasan daripada jais kenapa dan apa sebab motif jais membuat dakwaan seperti ini. Bukan apa, malaysia sekarang neh sensitif isu2 yang membabitkan agama dan kaum. Sikit2 dituduh racist. Sikit2 dituduh hina agama. Macam iklan 8tv baru2 neh. Benda nasihat pun ditafsir sebagai racist. Itulah sensitif tak bertempat.
Tiada ulasan
Catat Ulasan