Bukti hot : Rokok ajaran yahudi laknatullah!
Aku belum nak menjawab balas artikel pasal holy water yang murtadkan orang islam tue dulu. Rujuk artikel itu disini. Aku genapkan komen 100 ke atas yang penuh maki hamun aku segala bagai then baru aku jawab. Aku sedia faham sikap umat islam di malaysia. Mereka bukan orang lain. Mereka seme sedara mara aku. So aku faham. Aku cukup faham sikap dan mentaliti mereka macam mana. Sikap neh lah yang aku wish nak ubahkan bagi kesejahteraan kita bersama.
Bagi aku selagi umat islam tak nampak dan faham masalah pokok sampai bila2 pun ada di antara mereka akan meroyan macam komen kat bawah neh ;
Merokok adalah senjata Yahudi yang berjaya, mana ada orang hisap rokok baca bismillah? Mana ada selepas habis merokok ucap alhamdulillah???
- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.
- Mengepit dua jari pada rokok adalah perlambangan salib.
SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN....BERHENTILAH MEROKOK :)
hanya renungan bersama.........
Taktahu samada pemikiran umat islam malaysia macam neh majoriti ataupun minoriti. Sebab tiada data sahih bagi meletakkan apa2 fakta disini. Komen di atas neh dah disebarkan melalui blogs, fb dan etc. Dan macam biasa langkah paling mudah ialah menyalahkan yahudi apabila menyuruh kita berbuat sesuatu.
Contoh ;
1. Kenapa ko berhenti merokok?
Owhh yahudi punya pasal
2. Kenapa plak yahudi?
Yahudi cipta rokok
3. Dah tue apa kena mengena yahudi cipta rokok dengan ko berhenti rokok?
Owhh aku hisap rokok then aku berhenti lah bila tahu ia yahudi cipta. Yahudi nak porakperandakan umat islam melalui rokok.
4. Dah tue yahudi paksa ko beli or hisap rokok ka?
Takde pun. Yang bagi lesen kelulusan penjualan rokok di malaysia neh kerajaan.
5. So kerajaan hang yahudi ka?
Bila masa pula? Kerajaan aku orang islam lah!
6. Dah tue apsal depa bagi lesen jual rokok?
Owhh untuk orang bukan islam..
7. Dah tue hang yang islam neh hisap pasai pa?
Errr.. err... aku..
Nampak?
Cukup mudah salahkan yahudi. Dah habis salahkan yahudi salahkan kristian pula. Dah habiskan salahkan kristian salahkan orang bukan islam. Dah habis salahkan orang bukan islam salahkan anwar pula. Then sambung salahkan pas. Then sambung salahkan nik aziz lah, teresa blablablablablablablab asalkan boleh salahkan maka korang akan salahkan. Tak pernah tengok akidah masing2. Tak pernah nak nilai, telek, analisis dan kaji sejauh mana korang faham akidah korang. Sejauh mana korang sanggup mampos demi islam. Sejauh mana korang sanggop pergi demi pertahankan firman2 Allah swt melalui Alquran.
Baik korang cakap rokok tue ada lambang freemason terus. Tak pun ada ciri2 iluminati. Mungkin korang leh kaji logo2 syarikat rokok dan kaitkan ia dengan lambang2 freemason. Siapa tah korang bakal terjumpa sesuatu dan boleh lah sebarkan lagi agenda takutkan orang yahudi lagi.
Lawak!
Meh baca neh lagi lawak ;
1. Masak guna dapur gas <== memulakan api gak. Takan neh pun agenda syaitan dan yahudi gak kot?
Ayat memulakan api di atas merujuk kepada lighter dan mancis. Macam neh pun boleh ada kaitan ka?
2. Meletakkan jari di mulut amalan yahudi?
Dah tue sapa yang cipta jari dan mulut kita? Kita punya pasal lah nak letak jari tue di mana2 asalkan tak berdosa sudah larh. Takan macam neh pun boleh jadi hujah? Siyes lawak!
3. Mengepit rokok? Lambang persaliban?
kah kah kah
Yang neh siyes aku dah tak boleh tahan. Dia neh buat lawak gamaknya.. habis lah pak2 haji yang belum mampu berhenti hisap rokok.
Korang buat 3 perkara dalam satu ;
Geng dengan syaitan [sebab mulakan api] + Geng dengan yahudi [sebab letak jari di mulut] + geng dengan kristian [sebab buat lambang salib].
kah kah kah
tergolek aku baca..
Susah sangat nak cakap berhentilah merokok. Ia haram [makruh sesetengah pandangan ulama]. Kerana merosakkan jantung dan tubuh badan anda. Susah sangat. Nak lencong juga. Salahkan yahudi juga. Enhhh beb... line internet teruk lah hari neh. Jangan2 yahudi punya pasal.
kah kah kah
Sozcyili : Seme pun yahudi gak salah.. muahahah..
2 ulasan
Ustaz Nur Salam dari Indonesia mengatakan Rokok Gudang Garam dan Djarum adalah milik kristian yg menyumbang kpd missionary kristian. DJARUM dikatakan bermaksud Demi Jesus Aku Rela Utk Mati. Jadi kalau benar sayangkn Islam dan bencikn Kristian brncilah dulu pada Rokok. Kalau tak, maka takyahlah nak bising soal penyebaran ajaran Kristian pd umat Islam yg lain.
sempit sekali pandangan admin..haruskah hidup bak terpasung dgn aturan yg diada adakan..?
Catat Ulasan