t>

Breaking News

Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Macam-macam sekarang neh ye? Pengaruh lucah tue ada je kat mana-mana. Yang terbaru editor kanan tv3 sedang disiasat berhubung salah laku seks terhadap beberapa orang kakitangan tv3 termasuklah terhadap seorang pembaca berita tv3

Apa yang lebih memalukan ialah editor kanan tv3 tue dilantik oleh atas nasihat pejabat perdana menteri. Ini sekaligus akan mencemarkan imej perdana menteri itu sendiri. Ada lah amat baik sekiranya editor itu dipecat serta merta bagi mengekang spekulasi bahawa perdana menteri melindungi orang yang salah.

Rasanya tak susah nak tahu siapa yang jadi mangsa kerakusan editor tue. Hanya perlu focus kepada unit bilik berita je. Sebab editor tue dikhabar bahawa mengendali unit berita tv3. Kita boleh siasat siapakah wartawan2 di unit bilik berita tv3 dan pembaca2 berita di tv3. Kecilkan skop sket, wartawan mana yang sudah tidak bertugas di tv3 dan beralih arah ke ntv7? Tapi rasanya tak perlu kot sibuk2 siasat sapa mangsa editor melainkan siasat sapa editor tersebut. 

Lepas siasat, paksa dia berhenti kerja. Takan wartawan2 yang kena ganguan seksual neh nak buat2 cerita pula? Mestilah editor neh bermasalah. Harap perdana menteri tak simpan orang macam neh dalam tv3. Buang sebelum parah. Ini menjejaskan nama baik PM dan TV3. Dan sudah tentu imej PM akan tercemar. Yelah, takan pula seorang PM nak membiarkan kakitangan yang terlibat dalam skandal seks terus berkhidmat di tv3 atas nasihatnya tanpa perlu dihukum atas sebab2 dia orang kuat PM? Fikirkanlah. Masih ramai lagi yang layak isi jawatan itu. Baca bawah ;
.
DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita. 

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang “mangsa”nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan. 

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini. 

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd. 

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan. 

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan. 

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk “menggoda” mereka secara licik, tambah sumber berkenaan. 

“Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan,” tambah sumber itu. 

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. 

Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri. 

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009. 

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan. 

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual. 

“Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun,” kata sumber berkenaan.-TVS-

Sozcyili : Gila seks belaka..

Tiada ulasan