t>

Breaking News

GEMPAR : Sabah dan Sarawak sambut raya sekali dengan semenanjung!

Aku perasan ada beberapa artikel yang nyatakan bahawa tahun neh sabah dan sarawak akan sambut raya yang berbeza tahun neh daripada semenanjung. Aku baca dan baca tapi kesemua artikel itu tidak menyatakan sumber berita mereka. Maksudnya disini aku tertanya2 dari mana mereka dapat info bahawa sabah dan sarawak akan sambut raya lewat sehari daripada semenanjung?

DARI MANA?

Aku search bernama tadi. Aku jumpa satu artikel disini. Tajuk artikel atas negara islam yang berbeza mungkin akan sambut raya pada tarikh yang berbeza. Dalam isu neh perbandingan di buat antara malaysia dengan brunei. Brunei pula located nearby dengan sabah dan sarawak. Sila lihat bawah neh ;



Dari apa yang aku faham menerusi laporan berita di atas ialah ;

1. Sabah sarawak + semenanjung = 1 tarikh hari raya. Ini dijelaskan oleh JAKIM.

2. Namun ini tidak tertakluk kepada brunei, kerana cara brunei menetapkan tarikh raya berbeza dengan cara yang digunapakai oleh malaysia.

3. Kesimpulan nya tiada tarikh sambutan raya yang berbeza untuk malaysia pada tahun 2011.

Jika berpaksikan kepada laporan berita dari bernama larh kan. Aku takmo tuduh2 sapa salah sapa benar disini. Jangan salah faham. Aku cuma nak bagitau bahawa ada baiknya kita berfikir dari segenap sudut sebelum sampaikan maklumat. Kalau nak share info pun kena lah jelaskan kepada pembaca bahawa ini ialah persepsi ka, pandangan ka, copypaste ka, baca boleh, percaya fikir dulu ka, apa ka. 

Bukan susah sangat nak tulis macam tue pun kan? Lue fikirlah sendiri. Wa malas campor.

Nota : Jika ada berita lain atas isu neh yang aku terlepas pandang, sila maklum. Thanks.

Sozcyili : Puasa tak habis lagi beb..

Tiada ulasan