t>

Breaking News

Hot : Bulan berada di atas kaabah sambil pusing2 - Dengan Gambar!

Minggu lepas aku dapat SMS yang berbunyik begini ;

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

Owhh dem !!!

Aku telah terlepaskan situasi neh. Setelah mendapat SMS neh tah ke mana tah aku campak hp murah aku time tue. Aku pun tidak berdoa pada hari kejadian. Mesti ramai gila orang heslam yang berdoa time tue. Confirm dah termakbul dah doa dorang kan. Heh

Tapi takpe. Otak aku bijak. Memandangkan aku dah terlepaskan situasi keramat neh aku bercadang untuk sebarkan pula SMS neh kepada member2 terdekat. Tujuan nya bagi mendapatkan balik keramat part II. Biar kami pula berdoa ramai2 bagi pusingan kedua? Amacam? Cantik tak idea aku? Tarikh takde kat SMS tue kan? Ini bererti ia boleh dipakai sepanjang masa dan sesuai untuk sepanjang zaman. Heh

Bagi mencapai misi aku, aku akan mengedarkan dulu gambar neh kepada korang. Lihat bawah neh ;


Hah, nampak tak? Gambar neh ditangkap oleh seseorang yang berada di belakang bulan tue. Bulan ketika itu kecik je sebab dia dah masuk ke corong jadi kecik doraemon. Sempat juga lah bulan neh singgah jepun untuk met doraemon untuk pinjam corong tue. Dah jadi kecik baru lah dia landing atas mekah tue.

Terpegun tak? Aku percaya ramai orang heslam akan terpegun. Berita2 macam neh memang cepat tersebar. Lebih cantik kalau korang guna statement macam neh ;

GEMPAR BULAN DI MEKAH, BUKTI ISLAM ITU BENAR!

PANAS! BULAN LANDING DI MEKAH SAKSI ISLAM AGAMA TULEN.

HEBAT! BULAN SUJUD MEKAH, BUKTI JANJI ALLAH ITU ADA.

Lepas tue sebarkan ia dari satu blog ke satu blog then dari satu fb ke fb yang lain. Biar ramai2 rasa bangga. Lupakan sahaja isi kandungan Alquran. Islam kena pandang melalui sudut bulan tue. Lagi ramai orang heslam yang bodoh macam neh lebih cepat islam disalahtafsir. Confirm dah aku. Ini mesti agenda yahudi punya. 

Waktu sebar tak fikir dalam2. Lepas dah sebar baru tahu fikir. Tapi bukan fikir sendiri salah. Confirm, confident dan yakin betul ini yahudi punya plan untuk sesatkan umat islam. Macam biasa. Skrip dah hafal dalam kepala hotak.

15 gambar panas bulan tergolek sambil menari atas kaabah disini

Sozcyili : Sadis gila..

Tiada ulasan