t>

Breaking News

Golden Churn Creamy Butter untuk buat kek lapis pun ada DNA BABI



Okey.. neh yang buat aku was2 nak beli kek lapis neh. Almaklumlah kek lapis neh bukan macam telur goreng. Hari neh nak makan baru hari neh masak. Sebaliknya kena proses dulu then simpan stok bagi memudahkan urusan jualbeli. Benda neh pun jenis tahan lama kalau disimpan dalam peti ais. 

Dan bila disahkan ada dna babi, bukan sepatutnya kena samak je. Kena lupuskan lah juga kek2 yang dah siap jadi. Ye tak? Dan aku rasa bukan semua tahu benda di atas neh ada dna babi. Itu satu hal. Dan andai mereka, peniaga2 kek lapis neh tahu sekalipun.. adakah semua nya sanggup melupuskan kek masing2? Itu satu hal yang lain.

Apa pun memang sebagai umat islam.. nampaknya sedar tak sedar hari2 kita makan babi ye? Sedap sangat ke dna babi neh korang rasa? Kalau dalam kek lapis aku rasa sedap lah kot.. pasal dah pernah makan banyak kali.. tapi lepas dah tahu neh terus rasa loyer lah pula..

Baca bawah ;

Pengusaha kek lapis yang pernah menggunakan mentega“Golden Churn Creamy Butter” yang kini didapati mengandungi DNA babi perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam. 
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pembersihan tersebut atau “menyamak” perlu dilakukan bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal dari peringkat pembuatan sehingga dijual ke pasaran terbuka. 
“Sekarang sudah sah mentega itu haram. Sesiapa yang pernah menggunakannya perlu samak segala peralatan yang pernah digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) berjumlah RM51,286 kepada 35 penerima di sini hari ini. 
Beliau berkata, bagi kek lapis yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), pengusahanya tidak perlu menggunakan kaedah pembersihan tersebut. 
Daud berkata, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal. – Bernama
Benda tak halal dikatanya halal.. jahat betul peniaga yang jual butter neh. Menyusahkan pengusaha kek lapis dan menyusahkan orang muslim. Ada baiknya mereka dihukum berat2. Apa kata korang?

Cakap dan SMS puas2 dengan kadar 99sen sehari dari Buddy

Sozcyili : Nak untung sehingga tak fikir sensitiviti umat islam.. bodoh!

Tiada ulasan