t>

Breaking News

Hajjah sitt al-wuzara dan Arlene Tan bukan orang yang sama?

Aku agak sedih membaca perbualan neh. Aku sebenarnya taktahu nak react macam mana dengan mereka neh. Maksud aku golongan islam yang mengakui mereka murtad secara berdepan [online]. Aku tak kenal sapa mereka2 neh. Tapi aku rasa sebagai orang islam memang harus bagi aku mengenali dan merapati mereka agar aku boleh kaji dan ambil tahu apakah punca2 nya mereka memilih untuk murtad. Mula2 sila lihat komen di bawah neh terlebih dahulu ;


Tolong jangan kecam dan maki zaid neh. Walaupun dia mengaku secara terang-terangan bahawa dia dah murtad itu bukan alasan untuk kita melemparkan kata2 kecaman terhadap dia. Dan tolong jangan pongpang2 pasal dia neh layak mati lah.. wajib dibunuh dan segala bagai. Aku tahu apa yang korang cakap tue betul. Tapi bukan betul habis. 

Cuma separa betul. Cakap2 macam neh hanya akan membuatkan orang lain berfikir bahawa islam ialah pembunuhan. Mana tak nya belum apa2, tanpa pengadilan, tanpa bicara tiba2 cakap orang macam neh layak dibunuh atas nama jihad.

Jihad pemender macam neh? Solat jaga dulu. Masing2. Sama2. Jihadkan diri sendiri dulu. Then baru buat secara kolektif. Hukuman murtad untuk orang islam ada turutan dan ada peraturan yang betul. Cuba jangan ingat budak2 murtad neh wajib kita heret dan seret peh tue main pancung je. Apa yang kita nak cakap dan tulis based on our opinion lantaklah. Takde sapa marah. 

Tapi apa yang kita nak cakap or sentuh tentang islam baik kita careful. Kita taknak nanti penulisan kita dibaca oleh orang bukan islam dan menghasilkan persepsi salah. Orang bukan islam bukan semua menelaah Alquran. Mereka lebih banyak tengok cara kita pratikkan islam dalam kehidupan kita. Buruk akhlak dan akidah kita, maka islam lah yang dipandang serong. Meskipun ramai yang tahu bahawa penganut dan agama ialah dua perkara yang berbeza.

Ini belum apa2 dah cakap orang neh wajib dibunuh. Jihad dan segala bagai. Tak salah kita perangi umat islam yang murtad. Malahan wajib bagi kita perangi benda ini. Masalahnya adakah kita memerangi mereka dengan menggunakan kaedah yang betul? Itu pointnya.

Dan lihat pula gambar neh di bawah neh ;


Melalui kiriman email kepada aku, ini ialah paparan printscreen yang dia captured di dalam satu group. Group yang aku bakal dedahkan neh lagi open. Lagi open pengakuan orang melayu + bekas islam menjadi atheis. Tolonglah. Jangan emosi. Kita perangi mereka dengan kasih sayang. Kita bukan pemimpin. Kita tiada kuasa dan daya nak mendakwahkan mereka secara berkala tetapi jika ada masa kita berdakwah lah secara santun.

Group yang dimaksudkan ialah ini ==> Kami melayu atheis

Menurut satu blog yang aku baca tadi disini, dia menafikan bahawa gadis yang didedahkan ialah sitt. Maksudnya dia nak cakap sitt dan arlene tan ialah dua orang yang berbeza.Tapi melalui paparan di atas, apakah ada kemungkinan sitt = arlene tan?

Sila rujuk link ini. Aku dah study benda neh. Konklusi aku ialah ;

1. Azwan reply arlene yang guna nama sitt sebelum tukar kepada arlene tan.

2. Azwan reply kepada posting yang telah di padam.

Tiada kepastian samada azwan reply kepada siapa dalam posting di atas. Apa yang penting masing2 buatlah penilaian dan pemikiran sendiri. Macam aku dah cakap sebelum2 neh. Bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang korang buat. Korang yang pilih untuk percaya dan tidak percaya. So bertanggungjawablah. Sekian.

Nota : Info tentang group melayu atheis dan gambar printscreen ialah  Sufive Mask

Sozcyili : Murtad neh bahaya tapi nak bendung pun bukan boleh main redah.. 

Tiada ulasan