Mahasiswa UPM kena tendang - Mana demokrasi kita?
Cuba tengok surat kat atas neh. Surat neh ialah notis pemberitahuan bahawa mahasiswa ini harus keluar dari kediaman nya serta merta disebabkan melanggar peraturan. Nak tahu peraturan apa yang dia langgar? Dia menang pilihanraya kampus atas tiket pro mahasiswa. Itu pasal dia kena tendang keluar.
Kalau apa yang diberitakan oleh blog neh adalah benda betul, maka sangat2 tidak patut pihak pentadbiran UPM bertindak macam neh. Cuba lah hormati perbezaan pendapat dari sudut yang positif. Tapi aku agak hairan kenapa surat neh baru didedahkan sedangkan neh dah tahun 2011.
Mungkin kah pada ketika itu kerana dia masih belajar dan belum boleh nak mendedahkan perkara neh atas sebab2 tertentu? Macam2 kemungkinan ada. Tapi diharapkan kerajaan dan semua pihak yang terlibat tak kira lah universiti di negeri kerajaan ka pembangkang ka cuba lah berikan kebebasan dan hak bersuara kepada mahasiswa2 dan mahasiswi2 di malaysia neh.
Mahasiswa ialah aset negara. Mahasiswa ini lah yang akan mencorakkan masa depan negara. Kalau kerajaan dan pembangkang menolak pandangan2 mahasiswa generasi kini, sistem yang sama akan menyebabkan mahasiswa2 ini menolak pandangan2 mahasiswa pada generasi masa hadapan.
Sumber surat dari sini.
Sozcyili : Menang pr universiti je kena tendang keluar dari campus.. huhu dasat..
Tiada ulasan
Catat Ulasan