t>

Breaking News

Holy water yang tak holy langsung - fitnah besar umat islam terhadap kristian.

Perihal holy water neh antara benda yang aku seringkali baca dan terfikir-fikir. Ajaib sangat ka holy water neh sehingga ia boleh menukarkan keimanan manusia daripada menyembah Allah swt kepada menyembah jesus? Kalau ya memang hebat gila. Betapa powerfulnya ayat2 jampi kristian. Seolah2 seperti menidakkan ayat2 suci Alquran pula kan?

Bukan sedikit2 alah aku baca isu perihal holy water neh. Boleh dikatakan asal ada yang murtad mesti dia bagitau bahawa dia dah minum sejenis air iaitu holy water then dia pun murtad. Dan begitulah seterusnya. Skrip yang tak pernah lari. Skrip wajib ada. Sehinggakan umat islam jadi kecut dengan holy water neh. Sama seperti benda2 yang freemason segala bagai. Sendiri menakutkan diri sendiri. Tah hapa tah yang nak ditakutkan. Aku pun tak tatau.

Kalau korang tanya aku bab2 iluminati dan freemason sungguh satusen haramjadah aku tak percaya. Bagi aku mudah je. Orang israel ka yahudi ka sama je macam orang islam. Kenapa pula umat islam harus memandang dorang tinggi sangat? Pandai sangat? Bijak sangat? Konon nya dorang menciptakan teori bullshit yang diberikan nama freemason dan iluminati neh? Heyyooo.. dorang tue bukan lah hebat mana pun. Dorang tue manusia gak macam kita.

Tiada apa2 yang membezakan kita dan dorang. Dorang manusia. So do we. Allah swt ciptakan dorang. Sama macam kita. Level dorang = level kita = sama whorr. Konspirasi itu tak wujud. Ia disebarkan bagi menakutkan2 dan mempermainkan pemikiran korang. Contoh isu logo bintang.

Yang cipta bintang = Allah swt.

Sesiapa pun berhak nak guna lambang bintang.

Tapi apsal pula asal guna lambang bintang mesti dikaitkan dengan israel, freemason dan segala bagai? Kenapa nak bagi hak esklusif penggunaan logo bintang itu kepada mereka? Mereka siapa? Sorryy beb. Aku tak akur pada mereka. Aku tak nampak dorang hebat. Kenapa perlu mewujudkan persepsi seolah2 dorang tue hebat sangat padahal dorang dan kita lebih kurang je? Yang beza of coz tingkat taqwa dan keimanan. Itu je tak lebih tak kurang.

Sama macam isu holywater gak. Isu yang aku dah lama dok terfikir2. Sehinggalah dapat pencerahan yang maha maksimum. Dan nampaknya apa yang aku fikirkan selama neh ada benarnya. Beza, aku tak sangka ia satu fitnah. Aku fikir holywater itu adalah alasan yang karut marut. Alasan sang murtad yang nak melepaskan diri dan menyalahkan orang lain. 

Pernah aku bergadoh dengan member2 aku. Aku cakap syirik bhai lue percaya holywater tue bisa memurtadkan orang islam. Dorang marah. Lue lah yang syirik. Ini bukan syirik. Ini kenyataan. Kristian murtadkan umat islam satu dunia dengan bagi minum air hitam dan campuran holy water. Bahaya.

Aku diam. Yang sebenarnya pun aku dah salah cakap gak masa tue. Aku tak patut syirik mensyirikkan member2 aku. Peduli apa yang dorang cakap kat aku. Mulut aku, kawalan aku. Aku kena pandai lontar hujah. Kerana terlalu geram aku pongpang cakap dorang syirik. So aku diam. Salah memang dari aku. Bukan aku orang nya yang patut cakap member2 aku sah dari segi hukum telah syirik. 

Kalau cakap perbuatan itu syirik ada maafnya. Ini tidak. Aku terus lontar hujah cakap member aku syirik. Pang.. aku dah tersalah cakap. So diam memang pilihan tepat pada ketika itu.

Dan dari apa yang aku baca tadi ;

holy water = merujuk kepada air pili biasa yang diletakkan di luar gereja. Ia dibacakan sedikit doa [kristian].

tujuan = tidak digunakan untuk minum. Sekadar di ambil sedikit untuk dibuat lambang salib sebelum masuk gereja [yang neh pernah aku tengok di tv]. Ia juga di anggap berwudhu' bagi umat kristian. Amalan neh di lakukan oleh penganut gereja katholik.

Lalu kenapa boleh ada orang murtad akibat holy water? 

Betul ke dia memang murtad akibat holy water ataupun sebab dia lemah iman? Bukan kah mempercayai ada air hebat macam holy water neh menjurus kepada perbuatan syirik? Seolah2 holywater itu sangat berkuasa mengubah akidah seseorang sedangkan Allah swt lah yang maha berkuasa. Andai ia hebat sudah pasti lama kita seme neh dah sembah jesus. Masukkan ke dalam setiap makanan dan minuman kita, dan2 kita dah sembah lain selain dari Allah swt.

Sebab tue aku tengok tindakan mempercayai kehebatan air holywater neh seperti menghampiri syirik. Sudah lah mendekati syirik satu hal. Menfitnah kristian lagi. Satu hal yang lain pula. Apabila seseorang itu murtad, ia berlaku atas sebab2 tertentu. Tidak dapat dipastikan secara jelas kenapa tetapi kekurangan yang paling utama of course kelemahan iman di dalam dada.

Bagi aku islam neh indah. Iman itu mudah. Iman perlu dicari. Ibarat pokok bunga. Ada baja + nutrisi = boleh membesar dengan baik. Iman juga begitu. Ko perlu pupuk. Takan ko tunggu duduk goyang kaki biar iman datang bergolek kat ko tahu2 ko dah jadi orang alim?

Kena cari. Ko boleh cari duit. Ko boleh cari ilmu dunia. Tapi ko malas cari iman. Bukan susah nak cari iman. Ko hanya perlu tanya diri ko je. Nak dengan taknak. Apa ko fikir orang2 yang soleh itu berasal dari soleh? Dorang pun pupuk iman dorang. Solat, baca, kaji, tanya dan macam2 lagi. Iman bukan hak esklusif kepada orang baik or orang yang dilahirkan islam je. Sesiapa pun boleh dapat iman asalkan dia cari. 

Kalau hari neh ko solat, sebelum neh ko tidak, then member2 ejek ko, apa barang solat? Setakat 1waktu baik takpayah. Ko marah dia balik. Lantaklah. Aku sedang mencari iman. Yang ko sibuk kenapa? Iman aku , iman aku. Iman ko, iman ko. Aku sedang cari jalan nak tingkatkan keimanan aku. Menghalang dan memerli aku tak menjadikan aku ataupun ko lebih baik daripada hari semalam. <-- orang yang sedang berubah. Jangan diperli. Sebaliknya sokong dan pimpin dia. Baru betul.

Dalam erti kata lain, korang kena ada kesungguhan dan keazaman untuk topup iman masing2. Dan nama nya pun iman masing2 kan? So pandai2 lah cari. Aku tak boleh topupkan untuk ko dan begitu juga dengan orang lain. Tapi apa yang pasti andai korang berterusan mencari iman, insya-Allah iman juga menderu2 masuk ke dalam jiwa korang. Yang penting kena ada usaha dan tawakkal.

Jangan nanti bila murtad akibat malas topup iman, disalahkan pula holy water tak pasal2. Itu jawapan nak mengelak dari mengenalpasti kelemahan diri sendiri jawabnya. Tak pasal2 umat islam secara berkumpulan terlibat dalam menfitnah umat kristian pula. 

Baca sini.  <-- holywater hanya fitnah ke atas kristian.

Sozcyili : Macam mana pula dengan isu salib? Ada orang kata pegang/tengok lambang salib lama2 boleh jadi murtad? Takan kot.. haizhh..

5 ulasan

Tanpa Nama berkata...

dah tau lama dah. gelakkan aja org yg x tau fakta ttg holyvwater tp sebarkan konon minum holy water x boleh mengucap kalimah syahadah. propa! org Islam kena kaji seauatu berita kesahihannya sebelum sampaikan pada orang lain. tahniah, penulis blog ini!dah tau lama dah. gelakkan aja org yg x tau fakta ttg holyvwater tp sebarkan konon minum holy water x boleh mengucap kalimah syahadah. propa! org Islam kena kaji seauatu berita kesahihannya sebelum sampaikan pada orang lain. tahniah, penulis blog ini!

Tanpa Nama berkata...

pelik juga bila orang Kristien buat cerita simbah air suci kat pontianak terbakar dia. rupanya air pili je.

Tanpa Nama berkata...

Lantak lah holy water ke holy shit ntah pe tah..janji pegangan akidah dan iman kita x lari sbb kte sume da taw kta idop time akhir zaman nie cemacam cabaran..nak2 pulak yg murtad bg alasan itulah inilah merepek2 asalkan dyorang rase bebas idop macam org atheis..

Tanpa Nama berkata...

Sesape yg da minum atau nak test g je gereja..da minum cuba mengucap kalimah syahadah kta tgk..

Tanpa Nama berkata...

Holy water kristian x sedahsyat air zam zam..