t>

Breaking News

Perkahwinan Gay pertama di malaysia.

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Kerajaan digesa menghalang cadangan paderi gay warganegara Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini. Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, jika perkahwinan itu dibiarkan berlaku, nescaya keruntuhan akhlak yang dahsyat bakal tercetus dalam kalangan rakyat negara ini.

"Jika perkahwinan itu dibiar berlangsung, ia akan memperlihatkan bahawa kita membenarkan perkahwinan seumpama itu di negara ini. "Seterusnya, dia (Wen Feng) akan dijadikan idola oleh minoriti gay atau lesbian yang pada ketika itu berasa diri mereka diiktiraf dan dihargai.

"Akhirnya, komuniti ini akan menubuhkan NGO mereka sendiri dan bertambah berpengaruh sehingga mampu mengikis identiti agama dan bangsa semua orang," katanya kepadaMingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Wen Feng yang membuat pengakuan terbuka untuk melangsungkan perkahwinan dengan 'kekasihnya' seorang lelaki warga Afrika-Amerika pada hujung bulan ini atau awal bulan depan dengan majlis itu bakal diadakan di New York, Amerika Syarikat dan juga di negara ini. -utusan-

Apa yang aku fahamkan di atas ialah ;

1. Dia seorang paderi.

2. Dia gay.

3. Dia nak kahwin dengan lelaki.

4. Dia mengamalkan ajaran kristian.

Pelik. Seorang paderi yang mengajar orang pasal kristian boleh pula slumber menjadi gay sedangkan dalam ajaran kristian amalan gay neh ditentang keras-kerasan. [Juga dalam islam].

Baca bawah pula ;


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Agama Kristian secara hakikinya menentang keras dan tidak merestui amalan homoseksual dalam kalangan penganutnya. Beberapa pemimpin ajaran Kristian di negara ini berkata, amalan tersebut seharusnya ditentang dan dibanteras agar tidak menjadi satu budaya yang menjatuhkan imej agama dan negara.

Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Pais berkata, amalan homoseksual sebenarnya telah membelakangi ajaran yang dibawa oleh Jesus. "Sejak dahulu lagi agama Kristian tidak bersetuju dengan perkahwinan sejenis. Berkahwin sesama lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan budaya ini tidak sepatutnya dibawa ke Malaysia.

"Jika budaya import itu dibawa ke mari, nescaya ia akan menyebabkan kemusnahan terhadap nilai-nilai murni yang telah dibentuk sekian lama," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas cadangan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng untuk berkahwin dengan 'kekasihnya' di negara ini dan sekali gus menimbulkan banyak penentangan daripada pelbagai pihak. -utusan-

Dasat betul lah. Andai perkahwinan gay tersebut berlangsung di malaysia maka ia akan menjadi perkahwinan gay pertama di malaysia dan merupakan satu sejarah.. dan apa yang lebih menakutkan paderi tersebut mungkin dijadikan idola oleh pasangan gay yang mahu berkahwin secara sah di malaysia. Huhu..

Harap kawan aku tue takde lah cita2 macam neh. Amalan neh salah beb. Please lah. Ubah untuk kebaikan diri sendiri.

Sozcyili : Seramm..

Tiada ulasan