t>

Breaking News

Iklan Seksi : Pengurusan Nurul Minta Maaf walaupun Nurul yakin dia tidak bersalah!


Pada awalnya aku malas nak cakap apa2. Sebab apa? Orang dah minta maaf kan? Buat apa kita nak perbesarkan perkara yang dah selesai? Betul tak? Tapi kan kenyataan nurul kat bawah neh kan agak melampau lah. Sila baca bawah ;


Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah. [1]
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang. [2]
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat. [3]
Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.[4]
Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan. -MSTAR-

Slumber betul dia menjawab kan? Takde rasa bersalah langsung..  point balas aku ;

1. Minta maaf sebab pakaian terdedah? Gambar yang disiarkan di mstar pun terdedah beb. Buat apa minta maaf atas benda yang memang ko akan kekal buat dan sambil buat sambil minta maaf, logik kah? Bukan nya aku nak cakap nurul pakai macam di atas sambil buat kenyataan minta maaf, maybe mstar saja pilih gambar nurul secara rambang untuk dimaksudkan dalam artikel neh tapi masalahnya gambar2 nurul yang ada seme seksi2, nak taknak kena lah use gambar seksi atas tajuk artikel minta maaf neh. Sebab itu aku rasa urmm.. tah hapa2.

2. Owhh dia tahu.. ? Dia dah tahu waktu buat photoshop gambar2 hari raya.. dah tue napa dia tak suggest kebaya ka.. kurung ka time tue? Hhahaha...

3. Owhh dia taktahu gambar yang terdedah dijadikan pilihan? Maksudnya dia memang sengaja pakai baju terdedah tue kan? Hahaha.. dia pakai baju tue dengan niat sengaja.. tapi tak sangka pula gambar itu dijadikan pilihan ye? Napa je dia tak tolak dan cakap gambar2 hariraya better dengan baju kurung or kebaya etc? Hahaha.. lawak!

4. Part last paling lawak! Dia yakin dia tak bersalah. So nak cakap apa lagi? Dah tak yakin minta maaf pula.. tah hapa2. Itu pasal aku saja nak komen panjang2. Pasal dah dia yakin sangat dia tak bersalah.. huh. Artis macam neh lah merosakkan industri hiburan. Sengal!

Sozcyili : Menyampah!

1 ulasan

Unknown berkata...

Hipokrit!!!!Hipokrit!!!!