t>

Breaking News

Hot : Kuih raya ada ulat!

Apa lah punya ramai peniaga tamak tahun neh. Kurma palsu lah. Makanan bazaar ramadhan yang tercemarlah. Terbaru kuih raya berulat. Bodoh. Menyusahkan orang ramai. Taktahu gamaknya nak berniaga cara betul. Korang sapa2 yang tinggal di tun hussein onn, cheras tolong elak membeli kuih tart blueberry di pasaraya. Berita harian pun satu. Bukan nak dedah pasaraya apa dan jenama kuih tue. Buat orang tertanya2 je. Klue yang aku dapat mengenai kuih tue hasil pembacaan berita tadi ialah ;

1. Kuih raya jenis tart blueberry.

2. Tarikh luput 9 bulan dari sekarang.

3. Harga rm19 seberkas.

4. Alamat syarikat dari shah alam.

5. Dibeli di pasaraya kawasan cheras. Kat situ banyak pasaraya. Econsave ada. Jaya jusco pun ada. Tesco pun ada tak silap aku. Tah. Dah lupa lah plak. Alah kat taman tun hussein onn tue. Sapa2 yang tinggal sana tahu larh.

Memandangkan BH tak dedahkan nama syarikat tue aku cadangkan baik kita boikot seme jenis kuih tart blueberry. Silap2 kita terbeli yang ada ulat. Naya. Tapi syarikat tue pun belum tentu hanya keluarkan kuih tart aje kan? Dan belum tentu jual kat pasaraya sekitar tun hussein onn aje kan? Senang cakap kalau korang nampak ada syarikat yang keluarkan kuih tart blueberry, hafal nama dan cop company tue dan kita boikot semua kuih dari syarikat tue. Ingat alamat syarikat tue mesti berdekatan shah alam.

Memanglah tindakan neh tak adil pada syarikat2 yang benar2 proses kuih raya dengan menggunakan cara yang betul. Tapi sebagai pengguna kami berhak melindungi diri kami apatah lagi berita2 pula taknak dedahkan nama product2 yang berulat tue. Nak salahkan sangat, salahkan berita2. Kenapa nak melindungi syarikat jahat yang menyusahkan pengguna?

Bagi korang yang tahu syarikat apa, lagi cantik upload gambar sini kita leh share ramai2. Kita kena bersatu padu menolak peniaga jahat dan tamak. Lagipun untuk pengetahuan korang, syarikat yang keluarkan kuih raya berulat neh taknak mengaku salah beb. Kurang ajar tak? So tak salah kita boikot dia sampai hancur.

Berita asal disini


Sozcyili : Makan2 kuih.. sambil makan2 ulat.. hahaha..

Tiada ulasan