t>

Breaking News

Saya berazam akan murtadkan ramai orang islam - Pendedahan esklusif.

Shah Alam - “Ya Tuhan, kalau benar agama Kristian adalah jalan saya, kuatkanlah saya, untuk terus mengkristiankan orang Islam di Ar-Arqam ini, dengan nama Jesus, Amin”, itu antara doa harian Mohammad Arabi Abdullah, 50. 

Walaupun ketika itu, beliau sudah hampir empat tahun memeluk Islam, beliau masih mengamalkan agama Kristian. 

Tujuannya untuk mengetahui tentang Islam tetap diteruskan dan saban hari, beliau menunaikan solat lima waktu dan berdoa, “Ya Allah kalau benar agama Islam adalah jalan saya, kuatkanlah saya untuk terus mencintai Islam, Amin.” 

Menurut Arabi, tujuan asal memeluk Islam adalah untuk memurtadkan lebih ramai orang Islam. 

“Saya masuk Islam, setelah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Sarawak. Saya juga mengkaji tentang Islam supaya mudah menarik orang Islam masuk Kristian. 

“Ketika itu, usia saya 15 tahun, keluarga angkat mahu menyekolahkan saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersekolah sejak kematian ibu, saya tinggal dan dibesarkan di gereja sejak berusia tiga tahun.,” katanya. 

Sebelum bertemu dengan keluarga angkat, Arabi dimasukkan ke Hospital Kuching disebabkan penyakit misteri. 

“Setelah sembuh, saya terus tinggal di hospital menjadi sukarelawan, saya mengkristiankan empat orang pesakit. 

“Walaupun saya masih belasan tahun, semangat mengkristiankan orang kuat kerana perkara itu, sudah tertanam sejak kecil ,” katanya yang dilatih menjadi paderi sejak kecil. 

Arabi berkata, dia dilatih mendekati orang supaya disenangi setiap gerinya dan apabila orang tanya siapa mengajarnya, dia akan katakan Kristian mengajarnya. 

Menurutnya, itu sebahagian pendekatan digunakan untuk memurtadkan orang, iaitu dengan berbuat baik kepada mereka dan menariknya secara halus. 

Namun, segalanya berubah apabila dia masuk Ar-Arqam, niat untuk memurtadkan orang berubah apabila dia nampak keindahan di dalam Islam. 

“Saya sering menimbulkan persoalan dengan ustaz sehingga menimbulkan kemarahan di hati mereka. 

“Di Ar-Arqam kami makan di dalam dulang. Saya bertanya, kenapa makan seperti itik (dengan niat mahu memburukkan Islam), lalu Ustaz itu menjawab, Islam mengajar kita tidak membazir dan tidak perlu berebut pinggan yang membolehkan timbul pergaduhan kerana Islam tidak suka akan peperangan,”
 katanya. 

Pada malamnya, Arabi menunaikan solat berdoa dalam dua cara Islam dan Kristian, setelah itu merasakan ada ‘kesejukan’ ketika dia bersolat. 

Sejak daripada malam itu, dia dengan rasminya, meninggalkan Kristian setalah empat tahun menganut dua agama. 

Setelah keluar daripada Ar-Arqam dia terus mendalami Islam dan menjadi penceramah bebas. -SH
GOOD point. Dari sini dapat kita perhatikan secara jelas bahawa ;

1. Orang yang murtad = lemah akidah

2. Lemah akidah = malas menghayati islam

3. Malas menghayati islam = salah diri sendiri.

Tak boleh nak blame sapa2 akhirnya. Dakyah kristian memang begitu. Sama seperti dakwah islam. Memang kita dituntut berdakwah tak kira di mana2 or pada sesiapa pun. Kena ingat juga asal usul kristian neh dari mana. Tak hairan jika mereka ada konsep dakwah yang kita gelar dakyah. Harap2 dengan pengakuan neh kita as muslim boleh amek iktibar banyak2. 

Perbaiki diri sendiri. Amalan diri sendiri. Cuba dekati masjid dan surau.Rapati ajk2 masjid. Dekati islam. Takpe kalau taktau mengaji. Jangan risau. Tatau solat ke apa pun takpe. Belajar lah perlahan2. Jangan risau. Di antara 100 orang, hanya 1 je yang akan ejek2.. sebaliknya lagi 99 orang islam akan sokong perubahan yang positif. Insya-Allah. 

Sozcyili : Buang yang keruh, amek yang jernih.. ramai2 bantu umat islam yang sedang tergelincir.. dan mahu berubah lebih baik daripada mengeji mereka.

Tiada ulasan