t>

Breaking News

Majlis makan malam di gereja diganggu Jais

Aku rasa lebih baik kita tunggu kenyataan penuh dari JAIS. Laporan malaysiakini neh pun macam kita tahu mereka cenderung kepada apa2 perkara yang tidak pro islam. Ada yang boleh kia terima tanpa usul periksa tetapi ada yang kita kena periksa baik2 sebelum buat keputusan mempercayai laporan mereka.

Apatah lagi bila aku ternampak ungkapan ;

1. berbilang kaum <-- ada orang melayu yang beragama islam ke? Kalau ada kurang sesuai makan2 di gereja. Apatah lagi kita taktahu makanan itu halal ataupun tidak. Makanan halal yang ada cop jakim pun kita umat islam rasa was2. Apatah lagi makanan yang kita tidak tahu dari mana dan apa sumber.

2. Majlis makan malam diadakan dengan semangat 1malaysia <-- Owh begitu. Tapi tak perlu kot orang islam terlibat andai benar mereka ada di dalam majlis tersebut. Niat mereka memang baik dalam nak membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Namun andai tiada umat islam yang terlibat dalam aktiviti neh, rasanya memang tak sepatutnya majlis mereka dikacau. Baca bawah ;

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan pada malam semalam mengganggu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

NONEPuluhan anggota Jais dan polis didakwa memasuki bangunan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada sekitar jam 10 malam dan mula menyoal hadirin berbilang kaum pada majlis itu.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho dilaporkan berkata majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Katanya, pegawai penguatkuasa hanya meninggalkan bangunan itu kira-kira dua jam kemudian.

jais jabatan agama islam selangor 271106Jumaat lalu, DUMC menjadi tuan rumah kepada sebuah forum mengenai pembaharuan pilihan raya yang dianjurkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham). Majlis diadakan di kompleks aktivitinya di Dream Centre, yang antara lain memaparkan ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan timbalan pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurut anggota DUMC yang menulis mengenai kejadian itu di laman web mikro-blog Twitter, anggota Jais juga menggeledah tong sampah gereja berkenaan.

Menurut DUMC, satu kenyataan berhubung kejadian itu akan dikeluarkan hari ini.

Sozcyili : Malaysia neh macam nak meletup..

Tiada ulasan