Kami kumpulan murtad di malaysia - Teori hidup tanpa Allah atau agama?
Rasanya semua dah tahu pasal kumpulan murtad yang aktif di facebook selepas aku menyiarkan artikel berkaitan mereka disini. Meskipun aku tidak memberikan link yang korang boleh direct untuk meninjau group tue tetapi berdasarkan kepada naluri ingin tahu masing2 akhirnya korang tetap berjaya mencari group tersebut.
Tidak susah sebab group tue memang group open. Pernah kaji tak kenapa group itu di openkan kepada korang? Mudah. Mereka memang nak korang baca dan tahu apa yang mereka tulis. Ini ialah rentak provokasi. Bagi mereka yang tidak sabar sudah tentu akan marah. Kenapa marah? Sebab dalam kepala hotak orang islam akan berfikir begini ;
Kumpulan murtad = orang islam + melayu = terdidik dengan islam sejak lahir.
Masalahnya betul ke mereka begitu? Betul ke mereka melayu + islam hanya semata2 menggunakan perkataan murtad untuk mengambarkan gerakan mereka? Tiada kesahihan tentang hal itu. Itu ialah persepsi masing2.
Kita lihat mereka banyak menulis tentang ajaran dan penganut islam. Masalah betul ke mereka neh anti islam je? Sebenarnya kumpulan murtad tue ialah atheis. Mereka bukan hanya tidak mempercayai islam, mereka juga tidak mempercayai agama2 lain samada hindu ka, buddha ka, kristian ka semua pun sama je analisa otak mereka iaitu agama ialah satu benda yang karut lagi mengarut. Satu peraturan bodoh dan menyusahkan manusia di alam neh. Ini pandangan dan persepsi mereka.
Tapi apa sebab mereka lebih banyak pongpang2 pasal islam je?
Mudah. Ini kerana akal mereka tidak dapat mencari hujah untuk menafikan bahawa Allah swt + Alquran ialah ciptaan manusia. Nabi2 tidak wujud. Para malaikat tidak wujud. Alam ghaib tidak wujud. Dan hal2 berkaitan islam yang menakjubkan. Mereka tidak boleh menyanggah islam sebagaimana mereka dengan hebat menyanggah yang lain2.
Itu semua menyebabkan mereka rasa marah. Mereka provoke. Mereka mencaci islam. Mereka sang athies menggunakan landasan murtad untuk memecahkan belahkan perhubungan islam dan kristian. Dan perhubungan umat islam dengan penganut agama2 lain. Ini agenda terselindung mereka. Samada mereka sedar ataupun tidak sedar.
Memang tak dapat dinafikan ada di antara mereka benar2 murtad. Iaitu orang islam yang keluar dari akidah islam. Mereka yang tergelincir daripada islam neh perlu lah di asuh dan ditarbiah semula ke jalan islam.
Cara nya ialah gunakan kaedah yang paling kurang membawa kerosakkan agar islam tidak dipandang serong. Gunakan turutan islam dalam menghadapi orang murtad [orang islam yang memang faham islam dan akhirnya keluar islam dan menghasut orang islam yang lain agar murtad seperti mereka].
Jangan menyamakan semua individu yang murtad neh ialah sekolompok yang mempunyai cara hidup + pengalaman + ilmu yang sama tentang islam. Kebanyakkan yang murtad neh sebenarnya ada yang hasil daripada kahwin campur. Ada yang berasal dari ibu-bapa yang tidak mengamalkan cara hidup islam yang benar. Sebab itu ada anak2 mereka yang tergelincir dari akidah islam.
Cuba jangan nilaikan mereka sebagai orang yang jahat. Cuba jangan tentukan syurga neraka mereka. Cuba berlapang dada dan menerima bahawa mereka neh tiada ilmu dan tiada hidayah sebagaimana yang kita dapat. Kita dapat hidayah, kita bantu mereka ikut turutan islam. Kalau taknak bantu pun takpe, tapi tak perlu tambah masalah dan tak perlu membenci mereka.
Mereka hidup di dunia neh atas kebenaran Allah swt. Ada sebab kenapa mereka di cipta. Dan ada sebab kenapa kita dicipta. Lebih baik kita kaji sebab2 tersebut daripada kita sibuk tentukan syurga neraka orang lain. Boleh?
Kumpulan murtad di facebook disini.
Nota : Jika tak mampu sabar, lebih baik jangan buka.
Sozcyili : Degil-liah..
Tiada ulasan
Catat Ulasan