Tony Fernandes sah jadi pemilik utama kelab QPR
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah menjadi pemilik saham utama yang baru dalam kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (OPR), menurut kenyataan kelab tersebut.
Fernandes, yang juga pemilik pasukan Lotus Formula 1, menguasai pasukan QPR selepas membeli saham pemilik Formula 1, Bernie Ecclestone, yang merupakan pemegang saham utama dalam kelab itu.
"Saya sentiasa ingin terlibat dalam bola sepak dan daya tarikan kelab London seperti OPR merupakan peluang terbaik untuk sukar ditolak," kata Fernandes dalam kenyataan tersebut.
Menyifatkan dirinya sebagai peminat pasukan West Ham, katanya beliau sudah lama mempunyai hati yang lembut terhadap ORP, yang disifatkan sebagai 'berlian kasar'.
"Semua orang tahu saya mengikuti West Ham sepanjang hidup saya tetapi saya sentiasa mempunyai hati yang lembut terhadap OPR. Ketika masih kecil, Rangers merupakan pasukan pertama yang saya lihat di Loftus Road.
"QPR adalaah 'berlian kasar' dan harap saya boleh menyumbang untuk mengubahnya menjadi sebutir berlian," katanya.
Tidak dapat dipastikan berapa jumlah Fernandes membayar untuk memperoleh kesemua 66 peratus saham milik Ecclestone dalam kelab tersebut tetapi media British menanggarkan jumlahnya sekitar £35 juta (RM171 juta).
Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India, Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.
Berikutan urus janji telah selesai, Fernandes telah menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.
Fernandes, sebelum ini telah beberapa kali cuba dan gagal membeli pasukan West Ham United, kelab bola sepak terbesar di timur London.
- Bernama
Kaya2 orang di malaysia sekarang. Hahaha.. apa2hal tahniah lah di ucapkan. Bila nak bantu pasukan negara pula? Boleh lah buat penajaan besar besaran untuk tingkatkan prestasi harimau muda dan harimau malaya kan kan kan? Hahaha.. hopefully..
Sozcyili : banyak duit tu..
Tiada ulasan
Catat Ulasan