t>

Breaking News

Hot : Sosej pulut dan kek ayam pun ber-dna babi.



Hambek ko. Suka sangat import makanan dari luar kan? Di malaysia neh belum lagi ada sejarah orang mati sebab tak cukup makan. Tetapi mati pasal ter over-over makan hah ada. Memang ada malahan bukan kes terpencil. Dah biasa dah fenomena obesiti di kalangan rakyat malaysia sehingga mendorong pelbagai penyakit kronik sehingga membawa kepada kematian.


Baca bawah ;




KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi. 
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.  
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.

“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya. -Metro-
Sapa punya kerja lah kan. Yang pandai2 import benda neh dan pandai2 pula jual di bazaar ramadhan. Kalau dapat jumpa dalang nya elok dihukum berat2. Bayangkan yerk, dah penat2 puasa sehari suntuk alih2 buka makan babi. Ko ingat orang yang terkena tue tak rasa sakit ahti ka?

Itulah lenkali nak berniaga buat cara meniaga lah. Berniaga lah elok2. Apatah lagi ko menjual kepada orang2 yang nak berbuka puasa. Biar untung sikit asal berkat. Jangan nak untung banyak + ekpress tapi menganiaya orang + menyusahkan orang lain.

Perlunya tindakan tegas di ambil terhadap peniaga2 alpa macam neh. Barang tue dinyatakan dibawa masuk tanpa kelulusan, itu satu kes. Satu kes lagi benda takde jenama. Rasanya memang menjadi pengetahuan wajib kot bagi umat islam untuk menjauhi diri daripada product2 yang tak berjenama neh. Dah tahu takde jenama, still ada peniaga beli dan jual. Tak fikir langsung perasan sang pembeli. Tamak sangat.


Sozcyili : Nak kaya cepat lew tew..  

Tiada ulasan