Safee sali dan Amirulhadi main seperti monyet - Hidayah isteri pemain Singapore
Wahhh..
Ini sudah lebey... wanita bernama hidayah neh memang betul2 sudah lebey. Ada ke dia kutuk safee dan amirul dalam twitter sebagai monyet atas sepakan gunting berirama tue? Korang tengok screenshot gambar di atas.
Untuk pengetahuan korang si hidayah neh dah deactivedkan acc twitter dia. Dia dah lari. Dia dah takut lah tue dengan kita. Owhh berani kutuk belakang2 je rupanya. Lepas kutuk cabut. Laa ingatkan berani sangat nak mendengar bidasan kita. Pengecut rupanya dia neh.
Sebagai penyokong setia harimau malaya aku nak si hidayah neh buat pernyataan maaf secara terbuka kepada safee sali dan amirul hadi dan kepada seluruh peminat dan penyokong harimau malaya. Kalau tak jangan nak marah le andai kena kutuk2.. sapa suruh cari pasal dulu kan? Baca bawah ;
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.
“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.
“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Balik kampung bersama kereta baru dengan tawaran hebat!
Sozcyili : Main ka berlakon?
Tiada ulasan
Catat Ulasan