t>

Breaking News

Wanita di cabul 11 polis.


 Apa lah nak jadi dengan polis2 di malaysia neh. Dah lah ada niat minta rasuah lepas tue siap cabul pula.. hampeh!!! 

1. Rasuah <== jenayah

2. Cabul <== jenayah

Dibuat oleh polis malaysia <== yang sepatutnya tangkap jenayah, bukan buat jenayah. Adoiii!!! Baca bawah neh ;

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.
Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.


Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.



Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.-Mkini-

Bacaan lanjut disini

Aku tatau samada kita patut rasa hormat ataupun takut pada polis2 di malaysia neh.. rasa macam tak selamat lah.. penjenayah dah tentu2 kita tahu terang2 dia penjenayah.. tapi polis pula kita tatau. Ada masa polis itu polis yang baik.. ada masa polis itu boleh menjadi penjenayah. Huhu... sadis.

Sozcyili : Polis jaga jenayah?

Tiada ulasan