t>

Breaking News

Web singapore kena godam dengan hacker malaysia yang marah?


Kat atas neh salah satu laman web singapore yang konon nya kena hacked dengan rakyat malaysia. Laman web neh berkaitan dengan jual beli dan iklaneka pasal kereta. Konon nya laman web neh digodam sebab nak bagi amaran kepada singapore agar jangan menghina dan memperlecehkan kekalahan malaysia dalam perlawanan bola sepak hari tue.

Puas juga aku google untuk cari laman web neh. Tapi tak jumpa. Orang yang bagi sumber pun tidak menyatakan nama web neh. Boleh check sini. Nak tanya dia pun tak boleh pasal aku dah kena banned. Alasan kena ban ialah mungkin disebabkan aku selalu tanya soklan2 panas kot kat kakitangan kerajaan neh sampaikan dorang tak mampu nak jawab. Last2 ban bagi habis citer. Nak kerja senang lah katakan.

Aku bukan nak bela orang malaysia dalam isu neh. Jangan salah faham. Tapi sesiapa pun boleh mengaku mereka mengodam dan kemudian nya tiba2 orang malaysia kena blame tak pasal2. Lebih baik usul periksa dulu hal neh. Betul ke rakyat malaysia yang mengodam ataupun ada udang disebalik batu? Kalau betul rakyat malaysia yang mengodam aku rasa jangan lagi diteruskan niat seperti ini. Kita kena belajar untuk terima kekalahan.

Bagi aku kekalahan bola hari tue ialah isu sukan yang mana rata2 rakyat malaysia redha walaupun tak puas ahti cara permainan pemain bola sepak singapore yang lebih banyak berlakon atas padang. Baru kena sikittttttt je dah mengelabah segala bagai macam kronik. 

Kalau macam neh skill singaporean bermain dengan mana2 pasukan dari negara lain pun teruk kena kutuk gak. So tak perlu kot nak mengatakan rakyat malaysia neh sensitif segala bagai. Sebab kita orang sensitif pada benda yang bertempat dan perlu. Sekian.


Sozcyili : jangan2 sendiri hack.. huhuhuh..

Tiada ulasan