Beriman dengan Allah swt bukan hanya dengan Islam.
Aku sendiri tidak faham niat penulis disebaliknya tersiarnya artikel neh di dalam kosmo. Ini apa yang aku rasa setelah apa yang aku baca dari awal sampai akhir. Aku bukan nak buat apa2 tuduhan melulu disini. Jangan salah faham. Aku bukan orang yang arif dalam membuat penafsiran dan seterusnya meletakkan penilaian dalam tindakan kosmo, cuma sebagai orang islam aku ingin menulis apa yang aku rasa bagi memberitahu kepada mereka diluar sana bahawa ada sesuatu yang kurang senang dalam artikel kosmo neh.
Lihat bawah. Sedikit teks artikel yang aku petik dari kosmo ;
Ini ialah artikel terbitan kosmo. Dari apa yang aku faham setelah aku baca artikel neh ialah ;
1. Aku orang islam dan aku tidak boleh menggangap bahawa hanya islam je agama yang benar. Jika itu anggapan aku maka aku ialah taksub. Perkara yang sama juga dinasihatkan kepada penganut kristian.
2. Aku orang islam, aku boleh beriman kepada Allah swt tetapi belum tentu mesti melalui ISLAM.
3. Keimanan terhadap Allah swt juga boleh ditemui di luar islam sebelum kedatangan Nabi SAW.
4. Menurut Ahli Syiah pula, Allah swt tidak memandang kepada agama apa tetapi apa yang penting ialah isi kandungan dan hal tersurat di dalam agama itu.
Okey, ini di antara yang aku faham menerusi artikel di atas. Yang sebenarnya artikel neh panjang dan boleh menemui hal yang lain lagi tetapi aku petik yang neh sebab kat sini dapat tunjuk 4 perkara sekaligus.
Atas hal yang pernah aku pelajari, konsep keimanan sebelum islam hanya wujud sebelum Nabi saw diutuskan. Selepas Nabi saw diutuskan ia tidak boleh dijadikan hujah lagi. Ini pandangan aku, sebagai orang islam. Aku tidak tahu apakah boleh kita beriman kepada Allah swt tanpa melalui jalan islam? Itupun pada masakini.
Maksud aku apakah sekarang neh kita boleh beriman kepada Allah swt tanpa melalui jalan Islam? Dan bagaimanakah iktikad itu akan diambilkira? Pegangan? Amalan? Cara hidup? Ada banyak persoalan.
Aku menyokong pandangan bahawa sesetengah dari umat islam dan kristian taksub kepada amalan2 agama. Tetapi bukan islam. Ada hal yang sangat berbeza antara taksub kepada amalan dan taksub kepada agama. Orang yang taksub kepada amalan, inilah yang seringkali menimbulkan kekacauan. Manakala orang yang dekat kepada agama [islam, dalam konteks neh] cenderung melakukan hal yang benar.
Yang mendekati amalan tanpa memahami islam akan tergelincir dan memang akan taksub. Yang memahami islam dan seiringan dengan amalan, insya-Allah itu jalan yang benar. Sebab itu apabila beriman kita kena berilmu. Iman dan Ilmu tidak dapat hidup sendirian. Sebab tue aku menolak pandangan di atas, jika dia menganggap bahawa orang islam yang mendekati agama sebagai taksub, ini adalah hal yang salah.
Pandangan ahli syiah neh aku tidak faham kenapa kosmo petik di dalam konteks negara kita mengamalkan ajaran Ahli sunnah. Aku sendiri memang open kepada pandangan2 syiah tetapi bersikap terbuka dan memahami pandangan mereka belum tentu aku mesti menerima dan membenarkan penyebaran syiah di sini. Aku tidak menuduh kosmo menyebarkan ajaran syiah.
Jangan salah sangka. Tetapi memetik pandangan ahli syiah disini dalam urusan "akidah dan ahti" ia bukan perkara yang mudah untuk difahami andai kita tiada ilmu tentang neh.
Aku bukan nak tuduh bahawa pembaca akan tersesat selepas membaca pandangan di atas. Aku malahan percaya bahan bacaan di atas hampir hanya dibaca oleh orang2 yang arif dalam hal neh. Mungkin ada yang kurang arif akan terbaca.. macam aku lalu apakah yang akan terjadi jika dia membaca penulisan di atas neh? Bukan kah sudah terbit pandangan2 baru di dalam jiwanya andai benar dia sebagai orang islam?
Bukan kah nanti dia akan terfikir begini ;
1. Aku boleh je beriman dengan Allah swt tetapi belum tentu dengan jalan islam.
2. Aku boleh je beriman dengan Allah swt..alah macam orang2 dulu sebelum kedatangan Nabi saw.. jadi tidak larh terikat dengan amalan2 islam
3. Walaupun aku bukan islam [dengan keluar dari islam] tetapi belum tentu aku tak boleh beriman dengan Allah swt.. macam syiah cakap..
Contoh. Di atas neh cuma contoh. Andaikata ini terjadi, apa kosmo boleh menanggung kesan di atas pemikiran2 sedemikian di kalangan umat islam?
Sungguhpun artikel di atas memetik isi Alquran sebagai hujah tetapi sedikitpun dia tak nampak bahawa umat islam ada anugerah sebesar neh berbanding agama lain dan itupun dia minta kita untuk insklusif. Heh.
Link asal berita disini.
Sozcyili : Ini kekeliruan kepada umat islam, wahai kosmo.