t>

Breaking News

Penduduk tetap di ingatkan supaya mengundi BN.

Kalau betul mereka layak dapat taraf kewarganegaraan di malaysia, jangan lah pula kita menghalang hak itu. Cuma persoalannya sekarang adakah taraf warganegaraan itu seperti rasuah kepada pemaustatin tetap di negara neh? Jika PR diberikan hanya kerana individu yang memohon sudi mengundi BN maka bukan kah ini salah satu bentuk rasuah yang dihalalkan daripada sang pemberi dan sang penerima? 

Kita harap ada jawapan dari kerajaan berhubung isu neh kerana isu neh masih berunsur spekulasi dan tiada bukti sahih yang dilampirkan oleh malaysiakini, at least screenshot email ke apa ke.. baca bawah neh ;

Seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkan kepadanya bahawa tugas utamanya, jika diberikan kerakyatan, adalah untuk mengundi “parti pemerintah ".

Dalam temubual e-mel, pemohon yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia itu, berkata pegawai imigresen berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses bagi mendapatkan kerakyatan.

"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?


"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang ini akan menjejaskan keputusan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) 'Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap'."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini dan menceritakan pengalamannya pada Sabtu lalu, berkata ibu bapanya juga telah dimaklumkan perkara yang sama. Mereka telah berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi?' yang mana mereka kata tidak mungkin,” katanya.
 
"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel sebagai rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir adalah ditentukan oleh tempat kelahiran.) -MKINI-

Pendedahan yang sama, pernah aku siarkan disini. Bezanya tiara neh individu yang benar2 wujud dan pendedahan neh boleh di anggap realistik berbanding pendedahan malaysiakini. Apa yang penting ialah aku harap individu [PR] yang layak pohon warganegara diberikan status warganegara berdasarkan prestasi dia disini dan bukan kerana dia sudi mengundi BN. Sekian
Sozcyili : Macam nak letgo malaysia neh jer.. hahaha