t>

Breaking News

Breaking news : Wartawan Bernama mati ditembak di Somalia.

Menurut satu update terbaru daripada blog pro umno disini, dia memberitahu bahawa seorang wartawan bernama iaitu Norafaizul Bin Mohd Nor yang juga merupakan ketua media dalam misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia telah meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera African Union di bahagian dada. Turut terkena tembakan dalam kejadian itu ialah wartawan yang mewakili tv3. Namun wartawan dari tv3 terselamat kerana hanya terkena tembakan di tangan. 

Di katakan bahawa kedua2 wartawan tersebut mahu memasuki perkarangan hotel sebelum mereka ditembak oleh tentera African Union. Ketika ditembak mereka berada di dalam kereta. Tujuan serangan juga tidak dinyatakan. Hasil semakan aku menerusi portal berita, belum lagi ada kemaskini mengenai isu neh dari mana2 portal berita sekali. So tak pasti lah samada isu neh sahih ke tidak. 

Jadi diharap jangan ada yang main percaya je. Elok mempertimbangkan dari semua sudut sebelum mempercayai berita neh. Tetapi blogger umno yang melaporkan isu neh berada di Somalia pada ketika ini.

Apa pun, sama2 kita nantikan update terbaru daripada bernama mengenai kejadian neh. 

Updated :


Berita neh telah disahkan. Sila lihat bawah ;




Sumber : sini

ALFATIHAH untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ahli keluarga dia redha dalam menghadapi ujian ini. 

Sozcyili : Hantar bantuan pun payah.. apa lah punya spesis tentera neh?