t>

Breaking News

Kompenan arak di W.R. Grace, pekerja muslim resah - Kerajaan tolong prihatin.

Aduhaii.. pemilik kilang neh rakus betul larh. Tak fikir ke sensitiviti umat islam di malaysia neh? Ini yang buat aku marah sangat. Confirm larh bila isu macam neh timbul maka ;


1. Majikan malas nak mengambil pekerja muslim sebab dorang rasa leceh. Akibatnya orang islam sukar nak dapatkan pekerjaan di samping peluang pekerjaan yang terhad walaupun di bumi sendiri. Yang anehnya, terpaksa bersaing dengan pendatang asing. Itupun andai boleh dinamakan pendatang asing larh kan. Silap2 dah dapat ic. huhu.


2. Pemilik kilang meremehkan malaysia sebagai sebuah negara islam. 


Baca bawah dulu ;

Kedatangan Syawal pada tahun ini ternyata disambut dengan rasa kecewa dan hiba oleh sebilangan besar pekerja kilang W.R. Grace yang prihatin berkenaan kepentingan halal dan haram dalam mencari rezeki.

Semua ini di sebabkan oleh pertemuan yang di adakan oleh majikan dengan pekerja pada minggu lalu yang memuktamadkan keputusan syarikat untuk meneruskan keputusan untuk mengeluarkan produk ‘Daraclar’ dari kilang mereka di Gebeng, Kuantan.

Daraclar adalah salah satu komponen untuk membuat minuman keras. Ia dikeluarkan oleh kilang ini. 
Menurut beberapa pekerja yang di temui, dalam pertemuan tersebut mereka telah di maklumkan oleh salah seorang pengurusan kanan syarikat bagi rantau Asia Pasifik bahawa syarikat bertegas akan meneruskan projek tersebut di sebabkan mereka telah melabur terlalu banyak untuk projek tersebut setakat ini.

Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi merujuk kepada mufti berhubung kontroversi yang timbul hasil pendedahan yang di buat Harakahdaily baru-baru ini. 

Yang lebih memilukan ialah pekerja telah di berikan dua pilihan samada untuk menjaga keimanan dan keberkatan rezeki yang akan di bawa pulang untuk anak dan isteri ataupun memejamkan mata dengan meneruskan pekerjaan mereka demi sesuap nasi.

Menurut pekerja berkenaan lagi, pekerja yang memilih untuk mengelakkan sumber yang haram tersebut akan di bayar 3 bulan gaji tetapi yang lebih memeritkan ialah mereka di kehendaki memberikan jawapan selewat-lewatnya sebelum 5 September ini.

“Ini jelas merosakkan ‘mood’ untuk kami berhari raya pada tahun ini. Notis yang begitu singkat dan juga tawaran 3 bulan gaji sebenarnya tidak ke mana memandangkan peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang di samping tanggungan semasa seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya. 

"Pihak syarikat seolah-olah tidak ingin melepaskan pekerja tetapi sekiranya pekerja berdegil mereka harus mengambil risiko sendiri. Itu belum mengambil kira tempoh masa seseorang itu menyumbang keringat demi syarikat selama ini,” ujar seorang pekerja dengan penuh kekesalan.-harakah-

Biadap kan?

1. Taknak rujuk mufti, ini membuktikan dorang tak hormat islam. Dorang juga tak takut pada kerajaan. Kalau kerajaan tak bertindak, sudah semestinya kerajaan kita seperti mengiktirafkan islam di injak2 di bumi malaysia neh.

2. Siap bagi pilihan lagi kepada pekerja2 kilang neh. Memang larh rezeki ada di mana2, tapi apa pasal di bumi malaysia neh kita mesti mengalah pada yang haram? Itu isu nya sekarang. Harap fahamlah kenapa ia dibangkitkan untuk dipedulikan oleh kerajaan.

Harap kerajaan boleh larh masuk campur dalam urusan neh. Jangan biarkan dorang menindas pekerja2 muslim di malaysia.

Sozcyili : Kalau seme kilang nak jual yang haram.. habis larh macam neh.