Kekejaman komunis : Menyanggah fitnah Utusan
Mungkin dah terlewat tapi rasanya tak salah share penjelasan dari sisi mat amin disini. Bukan suruh memaksa sesiapa mempercayai apa yang ditulis oleh saudara mat amin tetapi sekadar memperluaskan skop bacaan dan sumber rujukan. Keputusan akhir terserah kepada pandangan dan analisis masing2.
Lihat bawah neh ;
Lihat bawah neh ;
13 September, Malaysiakini telah menyiarkan karikator fitnah kekejaman komunis utusan (klik sini). Finahan begini sebenarnya bagaikan asam garam bagi kami dan ini adalah lumrah perjuangan. Pejuang terdahulu seperti Datok Sagor, Datok Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain juga pernah alami nasib begini. Walau apapun, kami mestilah memberikan jawapan agar mereka yang tidak tahu tentang kami tidak terkeliru.
Tahukah rakan semua bahawa kami iaitu Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang kemudiannya ditukar nama sebagai Tentera Rakyat Malaya telah mempertahankan perjuangan bersenjata selama 41 tahun lebih. Sudah pasti faktor yang utama ialah sokongan massa rakyat. Tanpa sokongan ikhlas massa, perjuangan itu tak sampai 1 tahun memandangkan kekuatan penjajah yang ratusan bahkan ribuan kali ganda dari kami, baik dari segi tenaga manusia, kewangan dan alat persenjataan.
Satu patukan yang penting bagi kami ialah menaati disiplin. Baik atau jahat sesuatu pasukan tentera bergantung kepada disiplin dan di sini juga terletaknya daya tempur pasukan tersebut. Disiplin kami dikenali sebagai 4 Asas Disiplin dan 10 Fasal Perhatian. Kedua-dua disiplin ini wajib dipatuhi oleh setiap perajurit, tak kira atasan atau bawahan, tak kira masa atau tempat. Jika atasan yang melanggarnya, disiplin yang dikenakan ke atasnya akan lebih berat lagi.
Salah satu disiplin kami ialah menghormati adat resam. Adat resam yang bermaksud di sini termasuklah adat isitiadat dan kepercayaan agama rakyat. Pernah seorang perajurit bawahan yang keluar ke kampung telah berseloroh dengan seorang kanak-kanak bangsa Thai yang bermaksud menghina tok kong yang dipakai kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak itu marah lalu memberitahu komander regu. Perajurit itu dengan segera dipanggil balik ke pasukan. Selain dikenakan disiplin tentera, dia diwajibkan membuat penyesalan yang jujur kerana telah melanggar disiplin menghina adat dan kepercayaan massa. Dalam surat penyesalannya yang dibacakan di depan perhimpunan seluruh pasukan, perajurit tersebut menyatalan menyesal kerana telah menghina kepercayaan massa, kerana atas sokongan yang tulus dari massa rakyat, kita dapat meneruskan perjuangan bersenjata.
Di bawah ini dipaparkan disiplin Tentera Pembebasan Nasional Malaya.
EMPAS ASAS DISIPLIN
- Setiap tindakan patuh kepada perintah;
- Tidak mengambil sebatang jarum atau seutas benangpun dari massa (orang ramai);
- Sebarang rampasan perang harus dirasmikan;
- Dengan ketat menyimpan rahsia tentera.
SEPULUH FASAL PERHATIAN
- Pertuturan hendaklah ramah-tamah;
- Berjual beli harus adil;
- Barang2 yang dipinjam harus dikembalikan;
- Ganti kerugian barang2 yang dirosakkan;
- Rumah-rumah yang ditumpangi harus dibersihkan;
- Menghormati adat resam;
- Jangan memukul atau memaki orang;
- Jangan merosaki tanam-tanaman;
- Jangan berlaku tidak senonoh terhadap wanita;
- Jangan menganiayai tawanan perang.
Sumber : http://matamin02.blogspot.com/2011/09/disiplin-tpnm-menyanggah-fitnah-utusan.html