Judi haram makin banyak di Melaka
MELAKA 21 Sept. – Sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.
Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini. Menurut sumber, kerajaan negeri pernah melahirkan rasa tidak puas hati itu kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani kegiatan itu.
Namun, pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad ketika mendedahkan permasalahan itu mendakwa, lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini.
Menurutnya, kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh. “Orang ramai kecewa dengan sikap tidak endah pihak berkuasa yang dilihat tidak serius mengambil tindakan terhadap kewujudan semakin banyak pusat judi berkomputer di negeri ini.
“Kami diberitahu, setiap kali serbuan hendak dilakukan melalui kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ia sering kali gagal.
“Apabila serbuan dibuat, premis berkenaan tidak beroperasi. Serbuan itu gagal kerana pemiliknya seolah-olah sudah tahu mengenai operasi tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
First ketika aku baca berita neh aku terfikir pasal ;
1. Istilah judi haram. Apa larh yang dimaksudkan dengan judi haram neh? Bukan kah judi memang haram? Sejak bila ada judi halal pula di malaysia dan dunia neh? Judi tanpa permit, mungkin istilah tepat bagi negara malaysia yang mengakui bahawa mereka negara islam, disini.
2. Judi tue haram sebab tiada lesen. Mungkin penguatkuasa taknak bagi lesen sebab melanggar protokol. Satu tindakan bijak. Tetapi tak guna. Sebab apa, walaupun dorang tak dapat lesen secara sah untuk beroperasi tetapi dorang dapat lesen angin untuk teruskan operasi.
Buktinya, ada di dalam statement di atas.
Di mana, setiap kali serbuan di buat, premis kosong. Ini bererti orang dalam bagi info. Dan orang dalam neh dah berikan mereka lesen. So apa point kat sini bila orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat dan mempertahankan polisi kerajaan tidak menjalankan tugas dengan amanah dan cekap?
Sebab itu, kalau nak lantik pekerja kerajaan, jangan bagi pada kroni2 sendiri. Ini satu keturunan kerja kerajaan. Ada orang dalam dan segala bagai. Dapat kerja dengan senang, so mula larh malas nak buat kerja sampai langgar amanah. Konon gaji kecik sebab tue makan rasuah, itu alasan je. Padahal gaji yang ada tue mencukupi asalkan pandai berjimat dan tahu usaha nak naik pangkat.
Ini larh masalah masyarakat malaysia. Kesedaran kurang. Sampai bila pun kalau bertukar kerajaan, ada nya kakitangan macam neh, mana2 kerajaan pun akan rosak dan binasa. Dicadangkan agar agensi swasta tanpa campur tangan kerajaan terlibat dalam operasi pemantauan neh. Agensi swasta neh pula mendapat dana terus dari rakyat melalui bayaran cukai kepada kerajaan. Dengan neh segala hanky panky dalam proses penguatkuasaan dapat dikurangkan meskipun mungkin tidak boleh dicegah 100%.
Lagi satu, Ali rustam taknak buat ke papan tanda judi haram melaka vs judi haram kelantan? Just tanya je.
Sozcyili : bersih, cekap, amanah bila terima rasuah je kot.