t>

Breaking News

Lembu hidup2 masuk mesin untuk proses burger mcdonald.

 

Sila lihat video di atas neh terlebih dahulu. Andai tak boleh, sila klik sini.  Ada beberapa perkara yang korang kena faham berhubung isu di atas neh terlebih dahulu ;

1. Video terbabit menunjukkan bahawa memang ada lembu hidup2 di masukkan ke dalam mesin pemprosesan daging.

2. Suara dalam video terbabit mengatakan bahawa lembu itu diproses untuk mcdonald.

3.  Tiada bukti mesin pemprosesan daging itu ada kaitan dengan mcdonald. Maksudnya tidak ditunjukkan kat dalam video terbabit. Setakat buat video macam neh.. sesiapa pun boleh claimed ia diproses untuk mcdonald bukan?

4. Suara dalam video terbabit juga mengatakan bahawa kilang itu memproses daging burger mcdonald untuk seluruh dunia. Sebenarnya fakta neh salah. Francais tempatan beli daging dari pembekal tempatan. Mungkin juga ada yang di import, jika kekurangan bekalan ataupun permintaan meningkat. Tapi bukan larh bermaksud semua nya di import dari satu kilang yang sama. 

5. Menfitnah sesama islam berdosa besar. Menfitnah orang bukan islam juga berdosa besar. Menfitnah bangsa yahudi juga bukan boleh dapat pahala.

6. Di harapkan ada bukti yang lebih kuat bagi mengaitkan video neh dengan mcdonald.  

Bukan nak tuduh video neh palsu dan sebagainya, jangan salah faham.  Bukan pula nak bela bangsa yahudi dan sebagainya juga, harap jangan fikir bukan2. Cuma diharapkan andai nak memboikot mcdonald sekalipun biarlah memboikot atas perkara yang sahih dan benar.   Biarlah kita menentang mereka dengan terbukti mereka benar2 jahat, janganlah kita menentang mereka hanya kerana persepsi kita menyangkakan mereka jahat sedangkan hal sebenar Allah swt lebih tahu. 

Apa pun penilaian akhir terserah kepada diri masing2. Nak percaya video neh ke ataupun taknak sekalipun, hak masing2. Cuma walau apa pun pilihan yang korang buat, sila brtanggungjawab atas diri masing2. Jangan salahkan orang lain selepas sendiri memilih untuk berfikir sedemikian. Sekian.

Sozcyili : Fitnah tidak pernah halal samada utk orang islam mahupun untuk orang bukan islam.