t>

Breaking News

Jabatan Agama Perlis akan bantu tarbiah Pondan bernama Natasha.

Alhamdullilah, akhirnya ada juga pihak yang prihatin dalam isu neh. Walaupun mentarbiahkan pondan bukan bidang kuasa jabatan agama islam perlis, tetapi nampaknya mereka faham dan sedar betapa bahaya nya "wabak pondan" yang makin berleluasa andai tidak diperangi. Mohon jakim aware lah tentang hal neh. Jangan hanya pandai bercakap bagi alasan tiada kuasa itu ini apabila soal akidah umat islam jadi taruhan disini. 

Terkilan dengan sikap sambil lewa jakim terhadap sitt alwuzara meskipun memorandum dan bantahan orang ramai dah dibuat. Ermm... bila amek tindakan sendiri dikatakan melulu.. tak ikut proses undang2 tapi bila ikut protokol tak dilayan pula. Macam2. 

Takpe kita tinggalkan jakim dan sikap sombong mereka, apa pun kita akan sokong 100% tindakan jabatan agama islam perlis yang berusaha untuk memulihkan pondan bernama natasha neh. Satu usaha murni yang wajar dipuji. Dan apa yang paling penting, aku harap natasha dan teman lelaki dia boleh duduk berasingan sementara natasha dipulihkan.. yelah lelaki sama lelaki pun.. hubungan songsang sekalipun.. haram tetap haram.. maksiat tetap maksiat.. itu yang nak kena elak dulu.  Baca bawah ;



KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.

Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.

Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.

"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.

"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.

Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini.- Kosmo! Online

Sozcyili : Jakim..bila nak follow sikap mufti perlis neh yer?