t>

Breaking News

Pertahankan agama Islam - Perkasa


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru seluruh umat Islam di Malaysia supaya menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagai ruang untuk kembali bersatu dan mempertahankan akidah serta kemuliaan agama.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, umat Islam juga hendaklah mengutamakan Allah dan bukannya undi sehingga sanggup menggadai prinsip, kemuliaan dan kebenaran agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Perkasa terus mendesak kerajaan mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Islam yang dilihat amat sesuai dengan dasar Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Langkah itu dapat mengukuhkan silaturahim dan perpaduan ummah. Perkasa berharap selepas ini segala isu berkaitan penghinaan terhadap Islam sehingga boleh mengancam umatnya akan dibendung dan dicegah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu supaya kerajaan menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan kementerian berkenaan amat penting bagi mengendalikan pelbagai isu melibatkan umat Islam. “Dalam keadaan umat Islam semakin banyak digugat termasuk dari segi akidah, maka adalah wajar jika kementerian seumpama itu ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Perkasa mengemukakan cadangan itu berlandaskan kepada fakta bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyatnya beragama Islam. -FB Ibrahim Ali -


Adakah nak cakap JAKIM tak buat kerja2 mereka? Hahahaha... tapi apa kata mengislamikkan semua jabatan2 kerajaan daripada menubuhkan satu jabatan yang islamik sahaja. Adakah islam itu hanya bila ;

1. Bernikah

2. Puasa dan Raya

je? 

Andai semua jabatan kerajaan di islamikkan maka insya-Allah kerajaan sendiri akan berdiri secara islamik keseluruhan nya. Buat permulaan, wajibkan menutup aurat pada semua staff muslim kerajaan mengikut syariat islam. Ingatlah, murtad bukan tentang tukar agama semata2. Orang yang mengakui islam harus mengamalkan islam secara total. Dari A sampai Z. 

Beza antara orang islam dan bukan islam ialah solat. Berapa ramai di antara kita menjaga solat kita? Kewajipan solat ini sangat penting. Paling penting. Allah swt mewajibkan bersolat hatta dalam keadaan berbaring dan mengelipkan mata sekalipun. Berapa ramai dari kita menyedari kepentingan neh? Adakah Allah swt mewajibkan puasa sebagaimana Allah swt mewajibkan solat kepada orang muslim yang sakit dan terlantar uzur? 

Oleh itu, sebagai kerajaan adalah wajib bagi anda menghukumi umat islam yang tidak bersolat. Wajib mengenakan denda. Biar umat islam sedar betapa peri pentingnya solat dalam kehidupan kita. Kerana hanya dengan solat, maka perbuatan mungkar akan dapat kita cegah sedikit demi sedikit. Insya-Allah.



Sozcyili : Solat tiang akidah.