t>

Breaking News

Kedai satu malaysia kini menawarkan permit paten jenama 1Malaysia.


KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yakin konsep Kedai Rakyat 1Malaysia boleh diperluaskan lagi ke seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Timbalan menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata Kedai Rakyat 1Malaysia mampu menawarkan barang dengan jenama ’1Malaysia’ pada harga lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding harga di pasar raya ataupun kedai runcit yang lain.
“Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan dengan adanya Kedai 1Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk berjenama ataupun produk 1Malaysia yang setaraf dari segi kualiti,” katanya kepada Bernama.
Rohani berkata pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan paten jenama 1Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KPDNKK.
Menurutnya KPDNKK merancang mewujudkan sekurang-kurangnya 100 lagi kedai seperti itu di seluruh negara dan tidak hanya bertumpu di kawasan bandar utama.
Pada 22 Jun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya. – BERNAMA

Urm.. aku tak berapa faham konsep kedai neh. Adakah maksudnya kita boleh jual murah2 dengan memakai jenama 1malaysia? Maksudnya kita kena ada kedai dan mohon permit dan sekaligus boleh mendapatkan bahan runcit dengan lebih murah untuk dijual kepada pengguna ke? Ada sapa2 care to explain? Siyes blur. 

Sozcyili : Tak faham..