t>

Breaking News

Salah umum tarikh raya - Adakah Malaysia terlibat sekali?

Rasanya ramai yang masih marah berikutan kes cukai baru yang dikenakan terhadap pengguna prepaid mulai 15 sept 2011 yang bakal hadir neh. Namun isu neh tak kurang penting nya juga. Berhubung isu salah pengumuman tarikh hari raya. Sebab ada yang menyangka bahawa malaysia terlibat dalam insiden neh. Sila perhatikan dulu video di bawah neh ;

 

Ada yang mempersoalkan apakah malaysia juga terlibat dalam insiden neh? Ramai di antara kita tahu brunei dan indonesia raya pada 31 ogos berbanding kita raya pada 30 ogos. Ada juga terbaca selain brunei dan indonesia, singapore pun turut merayakan aidilfitri pada 31 ogos bukan 30 ogos. Yang neh tak pasti larh sahih tidak berita nya sebab dapat info pun via facebook je.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang kita kena faham terlebih dahulu ;

1. Kerajaan arab saudi membuat pengumuman salah umum tarikh hari raya mewakili negara mereka sahaja. Pengumuman neh bukan mewakili negara2 yang lain. Yang neh kita kena faham betul2.

2. Kita kena faham cara menentukan tarikh hari raya bagi setiap negara sebenarnya berbeza2. Sila baca di bawah neh ;

Syahril Hirman berkata, dalam konteks menentukan tarikh 1 Ramadan, Malaysia menggunakan ketetapan rukyah dan hisab iaitu kaedah yang berkait rapat melalui proses melihat bulan dan perkiraan yang dijadikan fatwa. 

Katanya, rukyah dan hisab bukan dua kaedah berbeza seperti difahami masyarakat sebaliknya ia adalah proses diguna pakai menentukan tarikh awal puasa dengan memenuhi syarat tertentu seperti faktor anak bulan kelihatan sebelum justifikasi dibuat. 

�Ada beranggapan tidak perlu melihat hilal kerana takwim sudah menetapkan bila awal Ramadan seperti tahun ini jatuh pada 22 Ogos iaitu Sabtu. Hakikatnya, rukyah tetap dilaksanakan untuk melihat sendiri atau bagi memenuhi syarat sebelum pengumuman rasmi dibuat,� katanya. 

Menurut rencana Rukyah Menurut Astronomi Takwim di laman web Unit Falak UDM, www.falak.udm.edu.my, tidak dinafikan ada berpendapat cara penentuan awal puasa dan hari raya di Malaysia sudah ketinggalan zaman. 

Mengikut sejarah, amalan penentuan awal bulan di Malaysia, khususnya Ramadan dan Syawal sering berubah dari segi kaedah tetapi sejak 1982, dasar rukyah dan hisab digunakan. Sebenarnya amalan merukyah turut mengalami perubahan, sesuai perkembangan teknologi dalam bidang astronomi.

3. Dan di bawah neh pula cara menentukkan ramadhan dan syawal di negara lain ;
  • Arab Saudi - Ummul Qura iaitu kaedah bulan terbenam selepas matahari terbenam.
  • Negara Teluk beraja seperti Qatar,
  • India dan Pakistan - pengakuan nampak hilal dengan lafaz syahadah dan melaporkan kepada hakim atau kadi daerah. Hakim boleh menolak atau menerima kesaksian itu.
  • Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Bahrain, Yaman dan Jordan ikut ketetapan Arab Saudi.
  • Mesir - Selepas ijtimak bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.
  • Iran, Algeria dan Tunisia - umur hilal pada altitud susulan matahari terbenam sebelum bulan.
  • Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia - umur hilal sekurang-kurangnya lapan jam atau altitud dua darjah ketinggian dan tiga darjah jarak lengkuk.
  • Eropah dan Carribean - ikut negara asal majoriti penduduk Islamnya.
  • Amerika Syarikat dan Kanada - rukyah sebenar dan disahkan dengan hitungan astronomi. Sebagai contoh, seseorang mendakwa melihat hilal dan dakwaan itu akan ditentukan menerusi hitungan astronomi.
 Apa yang aku nak rungkai kat sini ialah lebih baik kita dengar pandangan ulama terlebih dahulu. Jangan kita salah faham. Kita kena ingat faktor perbezaan geografi , cuaca, iklim, dan macam2 lain mempengaruhi penetapan tarikh berhari raya. Ada baiknya kita jangan fikir bahawa kita menyambut hari raya terlebih awal sehari sebelum mendengar pandangan ahli ulama berkenaan hal neh.

Aku bukan nak katakan bahawa apa yang korang sangkakan tue terbukti salah cuma minta ada baiknya kita tanya orang yang arif berhubung isu neh. Selepas itu barulah kita boleh fikir selanjutnya. Itu aje.

SUMBER : Sini

Translation kepada video di atas sini dan sini

Sozcyili : Arab saudi bayar kifarah sebanyak rm1billion riyal, menganti puasa dan memohon maaf di atas kesilapan mereka.