Babi ada cop halal?
Hahaha..
Lihat bawah neh ;
Ada orang bagi gambar neh via fb mesej kat aku. Dia cakap benda neh ada babi. Takpelah. Memang pun makanan babi dalam tin bukan isu disini. Tetapi apa yang heran tue apsal dalam tin terbabit di cop tanda halal?
Peh.
Babi halal?
Terbukti benda halal malal neh dah jadi mainan pihak tertentu. Aku tak kata ia perbuatan jakim. Jakim memang lembab dan bias dalam kes2 tertentu tetapi mengecop halal pada tin yang terang2 melabel pork dan blablablaba.. rasa nya bukan kesalahan jakim.
Tak tahu siapa yang berani mempermainkan tanda ./ cop halal neh tapi bayangkan pada tin yang isi nya terang-terangan babi pun depa slumber cop halal, bayangkan pula kalau tin yang isi nya sembunyi2 babi? Takan tak berani pula? Sudah tentu lebih dari berani.
Sudah sampai masanya untuk jakim hukum peniaga macam neh. Mungkin bukan kesalahan peniaga. Tetapi wajar kita hukum semua sebagai pengajaran. Hukum peniaga, pengimport, penjual, biar semua kena. Last2 depa mesti serik dan akan lebih alert pada masa akan datang.
Selain dari tin neh, makanan ringan dari china juga jelas menggunakan logo halal palsu. Jakim patut tahu siapa yang import dan penjual. Banyak budak2 sekolah makan, makanan yang tidak halal neh. Ramai. Bukan nya sedikit. Ramai. Boleh kata, hampir satu malaysia pernah makan makanan ringan yang dibuat dari china. Dan dipercayai semua itu tidak halal walaupun ada cop halal.
Kenapa tiada pencegahan dari pihak kerajaan? Yang itu masih menjadi satu persoalan. Bukan kah makanan ringan dari china berbahaya terhadap kesihatan kanak2? Apatah lagi mereka dengan berani menggunakan cop halal yang terbukti palsu.
Cop halal [makanan ringan + tin di atas] dari china memang tak boleh dipercayai langsung. Boleh jadi di china, mereka ada kilang yang boleh cop sekali halal pada setiap product2 yang di eksport ke malaysia. Ini satu pemanipulasian maklumat dan satu masalah besar kepada umat islam kerana dihidangkan dengan makanan yang tidak halal walaupun dilabel halal.
Pada kita, memanglah kita tahu nak protect dan cegah. Tapi apakah semua orang islam di malaysia sedar tentang hal neh? Sudah tentu, tidak. Oleh kerana itu, jakim harus bertindak. Jagalah kepentingan umat islam mendahului daripada kepentingan kerajaan. Rasanya, itu sebab jakim tertubuhkan? Sekian.
Sozcyili : nak beli babi halal ka? heh