t>

Breaking News

Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia

Kelab isteri taat buat hal lagi. Dorang neh memang tak habis-habis nak memutarbelitkan ajaran islam. Otak dorang neh hanya fikir pasal ;

seks

seks

seks

Sengal betul !


Baca atas neh. Apa benda tah dia mengarut lagi merepek. Petikan di atas neh di ambil dari sebuah buku. Buku neh terbitan kelab isteri taat. Taat sampai boleh melakukan hubungan seks dengan orang yang dah meninggal ke? 

Baca bawah neh ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam. -gb-


Memperjuangkan seks islam? Apa benda tue? Tak pernah aku dengar.. inilah baru pertama kali. Siyes kelakar. Mungkin melakukan seks mengikuti tuntutan islam lebih masuk akal. Tapi hubungan seks roh? Dengan orang yang dah meninggal? Perjuangan seks islam? 

Hahaha..

Bagus betul kelab isteri taat neh berperanan. Siyes bagus. Tabik habis. Tabik sebab meletakkan seorang isteri sebagai objek seks as "kelebihan".  Heh.

Buku neh harus disekat. Ia memesongkan akidah umat islam. Buku neh berharga rm50.00 senaskah. Tak payah kaji2 lagi larh. Jelas dah apa yang dia mengarut dalam buku neh. Buku neh diterbitkan di pasir puteh, kelantan. Kita harap kerajaan negeri pas bersama pusat [umno] boleh membanteras aktiviti penjualan buku neh. Ia sesat lagi menyesatkan. 

Sozcyili : Seks dengan roh orang mati..? Filem seram + porno terbaru? Heh.