Bagaimana meningkatkan earning dan cara cashout innity, nuffnang dan advertlets?
Rasanya ramai yang dah tahu apa itu ;
innity, advertlets dan nuffnang
Betul tak?
Tapi
bukan semua orang tahu cara nak meningkatkan earning [pendapatan] dan
cashout [keluarkan] wang mereka melalui pengiklanan online neh. So
artikel neh akan mengshare serba sedikit yang aku tahu berdasarkan
pengalaman aku sendiri.
1. Letakkan banner mengikut susun atur yang diberitahu ketika anda register blog. [Lihat web nuffnang di bahagian letak banner].
2. Kerapkali update survey [bio blog anda].
3. Rajinkan diri masuk contest anjuran nuffnang.
4. Rajin update blog.
5. Sila update blog dengan benda yang berfaedah.
6. Tingkatkan traffic ke tahap yang memberangsangkan. [tidak perlu banyak sangat dan jangan pula terlalu rendah].
7.
Buat posting pasal nuffnang jika ada cashout dan BE. Tidak perlu setiap
kali. Hanya perlu ceritakan pengalaman anda bersama nuffnang.
8. Jaga angka unik visitor anda.
** unique visitor ialah pengunjung yang masuk ke blog anda selepas tempoh 24 jam.
** semakin tinggi unique visitor anda, semakin tinggi lah earning nuffnang [jika berdasarkan impression].
Tambahan
9. Rajinkan diri hadir ke dalam event nuffnang yang bersesuaian dengan diri anda.
Jika
anda perhatikan betul2, mereka yang selalu dapat earning yang tinggi
dari nuffnang ialah mereka yang sering hadir dan bergaul rapat dengan
staff nuffnang. Tak perlu selalu, tetapi sekali sekala hadir dalam
majlis anjuran nuffnang rasanya ia boleh meningkatkan kepercayaan
nuffnang kepada anda.
Tahu
kah kenapa anda kena grab atau lock kepercayaan team nuffnang? Jika
anda berjaya tawan kepercayaan mereka, dengan mudah anda akan dapat jana
pendapatan yang beribu2 ringgit sebulan [ikut job].
Ramai
yang complaint kenapa earning nuffnang orang lain tinggi, tetapi dia
punya tak tinggi. Inilah salah satu sebabnya. Bagaimana seseorang boleh
bagi anda advertorial kalau dia tak kenal dengan siapa dia berkerjasama?
Faham kan?
Dari
1 - 8 jika anda buat dengan konsisten, maka anda akan berhasil menjana
pendapatan ratusan ringgit dari nuffnang [ikut iklan]. Dengan syarat
anda mestilah berstatus glitteri. Jika tidak, baik lupakan sahaja hasrat
anda untuk meraih pendapatan dengan nuffnang. Ahli nuffnanger yang
tiada status glitteri nak dapat puluhan ringgit pun hampir sahaja
mustahil. Ini disebabkan, peluang anda untuk dapat BE ialah sukar.
** Glitteri ialah status istimewa kepada blogger yang tidak meletakkan iklan tempatan yang lain seperti innity dan advertlets.
** BE = buffering earning yang dibayar ikut impression.
** BE = inilah antara penyumbang utama kepada pendapatan anda melalui blog selain advertorial.
Nota
: Nuffnang kini lebih gemar mengagih2kan iklan kepada blogs yang
mempunyai pengunjung yang konsisten berbanding blog yang mempunyai
traffic yang tinggi disebabkan mereka mahu memberikan peluang kepada
lebih banyak blog untuk menjana pendapatan dengan nuffnang.
Cara nak cashout dari nuffnang,
1. Pergi kat bahagian earning / pendapatan
2. Click cashout my earnings di bahagian bawah sekali.
3. Dalam masa 30 hari, insya-Allah cheque akan sampai di rumah anda. Nuffnang dalam soal bayaran dia tidak pernah lewat.
** Pastikan nama anda sama dengan nama yang ada dalam account bank anda dan alamat pula mesti tepat.
Cara nak meningkatkan earning advertlets
1.
Letakkan iklan sebagaimana iklan format nuffnang. Memang advertlets tak
suruh, tetapi itulah langkah terbaik nak meningkatkan earning dari
advertlets.
2. Tingkatkan traffic blog. Lagi tinggi traffic lagi tinggi income.
3.
Kalau pohon status istimewa [privileges] lagi tinggi bayaran yang
korang dapat. Status privileges neh ialah korang hanya boleh mainkan
iklan advertlets tanpa campur aduk dari pihak pengiklanan yang lain
seperti innity dan nuffnang.
Cara nak cashout earning advertlets
Masa
korang check dashboard, ada ruangan earning kan? So click je cashout.
Bab bayaran, ikut pengalaman aku ialah memang sangat lambat. Kalau dah
lebih tarikh tempoh dan dorang tak bayar, ko kena approach dorang untuk
claim bayaran.
Dari
segi customer service pun dorang tak cekap. Aku pun taktahu kenapa. Ada
orang tak pernah terima bayaran dari advertlets. Berbekalkan pengalaman
neh, so aku anggap advertlets neh cam savings je. Kumpul dulu beribu,
then baru keluarkan sekali harung. Sebab ikut pengalaman aku yang pernah
keluar 3 kali dari advertlets iaitu ;
rm870.00
rm500.00
rm500.00 <-- still tak dapat bayaran lagi.
Menunggu berbulan2 lama nya. So, aku rasa baik aku kumpul banyak2 dan keluarkan bila perlu. Ini lebih baik.
Cara nak meningkatkan earning innity.
1. Letakkan format banner mengikut iklan.
2.
Cuba masuk ads manager. Disitu korang akan dapat lihat iklan2 yang ada
di blog pada ketika itu. Selain boleh reject ataupun accept iklan,
korang sebenarnya boleh detect yang ad running dalam format apa. So,
just tampal format iklan yang sedang running.
Contoh ;
Iklan twisties - [format] ; head banner, ballon, dan wide sky
So,
pastikan ketiga2 format banner neh berada di dalam blog korang. Dengan
memenuhi permintaan pengiklan, maka pendapatan korang boleh meningkat.
Sebab? Sebab korang beri peluang blog korang running iklan yang sama
dengan lebih kerap. Lebih kerap iklan di mainkan, lebih tinggi harapan
nya orang akan click.
3. Jaga unique visitor. Semakin tinggi traffic dan unique visitor semakin tinggi earning korang.
4.
Update dengan kerap. Keperluan update setiap hari ialah supaya korang
ada harapan dapat iklan based impression. Bukan semua iklan di innity
basis CPM. Ada juga yang berdasarkan CPC. Malahan itu yang paling
banyak.
5.
Setiap blog telah dimasukkan kumpulan tertentu. Fahami dulu korang
dicategorizedkan dalam group apa. So, dari situ pastikan penulisan
korang berasaskan kesesuaian group2 terbabit supaya harapan untuk dapat
cpm itu tinggi.
6.
Lagi satu, ada sesetengah kategori memang sukar nak dapat iklan CPM.
Balik2 CPC. So, cuba minta tambah kategori atau ubah. Itupun korang kena
pastikan korang memang layak nak minta ubah ataupun tambah kategori.
7. Sila peka dengan isu semasa dan jaga kandungan blog.
** Pasang
alternate ad. Alternate ads ialah iklan gantian bila tiada iklan innity
di mainkan di blog korang. Korang leh masukkan iklan nuffnang ataupun
lain2 iklan yang bersesuaian dengan korang.
Tambahan [untuk semua jenis pihak pengiklan]
** Kalau
menggunakan blog self-hosted iaitu wordpress pendapatan korang akan
lebih banyak dari menggunakan blogspot sebab bilangan unique visitor
yang sangat tinggi.
** Kurangkan maki hamun ataupun jangan ada langsung.
**
kandungan penulisan yang racist, membenci individu, kumpulan, dan
sebagainya sukar nak dapat di hati pengiklan. So kurangkan, ataupun
lebih baik elakkan.
** Ayat maki hamun pengiklan ataupun jenama2 yang kerap berkerjasama dengan pengiklan lebih baik tak payah ada langsung.
** Kurangkan copypaste ataupun lebih baik tak payah ada langsung. Jaga originality dan kualiti blog anda.
Cara cashout innity.
Mula2
korang diminta tetapkan kadar yang boleh cashout [Buat pertama kali
yang menggunakan innity]. Selepas tue just masukkan account bank korang
dalam laman innity sendiri. Dan just tunggu innity bank in tiap2 bulan
andai mencapai nilai yang korang tetap2 sekurang2nya. Maksudnya ;
1. korang tetapkan rm100.00 untuk innity proses bayaran korang.
2. Bulan feb earning ko rm89.00
3. Bulan mac earning ko rm97.00
4. Bulan april 150.00 [feb + mac = 186.00 = dalam masa 45 hari innity akan bank in]
5. Bulan mei 180.00 [proses earning bulan april sebab dah lebih dari rm100]
Dan
begitulah seterusnya. Tak perlu korang susah2 nak click cashout. Dia
akan proses dan korang hanya perlu check acc bank masing2 je selepas
15hb pada tiap2 bulan. Itupun kadangkala dia masukkan sebelum 15hb.
Pengalaman aku, bayaran innity selalunya mengikut apa yang mereka
janjikan. Mereka tidak pernah lewat dalam membayar bloggers.
Service innity = nuffnang = tiptop!
Manakala advertlets pula.. urmm.. ikut pengalaman masing2. Lain orang, lain pengalaman nya. Sekian.
Nota : Ia ditulis berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri.
Sozcyili : Sila share pengalaman anda melalui komen ya.