Bayi Masih Hidup Disumbat Dalam Pam Tandas
Apa lah punya zalim manusia neh. Ada ke bayi hidup2 diletakkan dalam pam tandas. Bodoh ke apa? Kalau taknak bayi tue tak payah lah bela. Bagi je lah kat orang. Macam tak tahu pula. Bodoh betul orang melayu neh. Main pandai. Tapi tentang bertanggungjawab tak pandai.
Nasib baik bayi tersebut masih hidup. Alhamdullilah. Berjaya selamatkan satu nyawa yang tidak berdosa. Nak marah2 pun tak boleh sangat. Maybe mak kepada budak tue under stress. So diharapkan ada pihak2 yang berkuasa boleh tarbiah dan bimbing perempuan tersebut ke pangkal jalan. Semoga dia berubah lah. Sama2 doakan yang terbaik untuk dia dan bayi tersebut.
Baca bawah neh ;
Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.
“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.
Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.
“Rakan sebilik mangsa bergegas membawa bayi itu yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan. “Pemeriksaan doktor mendapati bayi itu cedera di bahagian muka dan kesejukan selain kebiruan pada seluruh badan. Bagaimanapun bayi terbabit dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya. -HM-
Kepada rakan2 yang kenal orang yang mengandung anak luar nikah, bimbinglah mereka untuk berikan anak2 mereka kepada pihak tertentu. Jangan takut2kan mereka dan apa yang paling penting, jangan hasut mereka untuk buang bayi sendiri.