t>

Breaking News

Bayi Baru Lahir Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar

Hurmm.. tatau lah aku nak cakap apa lagi dah. Sebelum neh campak bayi masuk longkang. Selepas tue sumbat bayi dalam pam tandas dan terbaru kelar bayi yang baru lahir. Bayangkan bayi tersebut keluar dari perut ibu terus kena kelar. Hurmm..

Macam musim orang bayi kan? Sembilan bulan yang lepas ada festival apa? Apasal upacara pembunuhan bayi neh macam drama bersiri pula? Yang sedih tue.. banyak orang yang mengaku islam. 

Penatlah tengok perangai macam neh.  Apa larh yang boleh kita buat untuk selamatkan akhlak orang islam zaman sekarang? Dah penat baca kisah2 macam neh sampai satu tahap dah jadi macam kebiasaan pula bila baca news orang melayu buang bayi. Sampai bila? Baca bawah ;

BETONG – Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Hendry Nyuhai, berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.
“Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan,” katanya di sini.
Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.
Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.
Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Sozcyili : Haizhh marah salah tak marah pun salah..