t>

Breaking News

Bila derita bertukar dendam - Pembunuh gaddafi disini.



Ramai orang marah bila mayat gaddafi disepak teranjang oleh kumpulan pemberontak selepas dibunuh. Bagi mereka yang melihat situasi tersebut melalui youtube menganggap bahawa ia adalah satu tindakan yang kejam. Apa sebab seorang bekas pemimpin islam dilayan sebegini rupa? Apa sebab mayat dia disepak teranjang? Apa benda yang dia buat ketika hidup sehingga ia menaikkan kemarahan tentera pemberontak walaupun hanya sekadar mampu menyepak mayat?

Sebenarnya aku pun susah nak cakap. Aku bukan mereka. Aku tak tahu situasi dan keadaan sebenar mereka. Aku boleh je mengecam dan menghina perbuatan mereka tapi mereka lebih tahu apa penderitaan yang telah mereka alami sehingga menyebabkan mereka bertindak demikian. Menyepak mayat gaddafi mungkin di anggap kejam oleh mereka yang tidak faham apa2. Tetapi bagi aku, gadaffi sepatutnya bersyukur. Dia disepak ketika menjadi mayat. Jadi dia tidak rasa sakit. Kalau disepak ketika hidup itu baru sakit.

Gadaffi telah menyebabkan ramai rakyat libya terseksa secara langsung dan tidak langsung melalui pentadbiran kukubesi. Gaddafi bukan pemimpin yang adil. Adalah tidak adil jika dia dikasihani hanya kerana dia menentang us. Adalah tidak adil jika dia dikasihani hanya kerana dia seorang islam. Seseorang yang menentang us dan memakai label islam bukanlah sewajibnya seseorang yang berperangai baik.

Dia telah membunuh dan menzalimi ramai rakyat yang tidak berdosa dan hopeless. 
Sebagai pemimpin, dia tidak amanah. Sebagai muslim, dia tidak memegang Alquran sebagai panduan. Pemimpin islam yang tidak mengamalkan Alquran dalam pentadbiran, adakah layak dia dikasihani? Pemimpin islam yang membunuh ramai orang yang tidak berdosa layakkah dia disimpati?

Orang boleh bercakap apa sahaja. Orang juga boleh mengutuk dan mengecam tindakan tentera pemberontak terhadap mayat gadaffi. Orang mungkin boleh bagi nasihat bahawa sabar itu separuh dari iman tetapi mereka tetap tidak juga mengalami apa yang rakyat libya hadapi.

Asas kepada kekejaman ialah kekejaman itu sendiri. Gaddafi tidak patut bertindak kejam kepada rakyat dia sendiri. Bila rakyat dizalimi maka akan timbul perasaan benci. Dari benci ia akan bercambah menjadi dendam andai kezaliman itu berterusan. Dan akhirnya akan membuahkan kezaliman yang lain bagi memerangi kejahatan. 

Sebab itu kita dinasihatkan jangan jadi orang jahat. Orang jahat berupaya mencipta kejahatan. Dan kejahatan akan menghasilkan kebencian dan akhirnya membuahkan kezaliman. Siapa yang kita nak salahkan? Gaddafi yang mencipta kejahatan ataupun orang yang bertindak zalim akibat dizalimi?

Gambar pembunuh libya ada di bawah neh ;



Nama : Ahmed Shebani

Usia : 18 tahun

Jasa : Membunuh gaddafi dengan pistol emas.


Sozcyili : Rakyat libya dah lama bersabar.