t>

Breaking News

Kartun hina Nabi di RTM. - Updated!


Inilah akibatnya bila orang2 barat mula mengisahkan hal2 Nabi ikut suka depa je. Sampaikan dalam kartun pun depa sibuk pasal Nabi kita. Kalau sibuk benda betul takpe. Neh tidak. Sibuk dan memutarbelitkan kisah Nabi untuk mempengaruhi pemikiran dan minda kanak2. 

Selalu sangat kita dengar bahawa kartun itu dunia fantasi. Apa yang dikartunkan bukanlah membayangkan dunia realiti. Tetapi kisah Nabi Nuh bukan nya fantasi. Ia benar2 wujud. Adakah barat mahu memberikan persepsi bahawa kewujudan Nabi Nuh itu hanya lah sekadar fantasi orang islam?

Adakah disebabkan itu mereka berani menulis jalan cerita yang merepek dalam kartun terbitan mereka? Apa? Haiwan buat kapal? Dari mana fantasi sebodoh tue terbit?Walt disney neh bukanlah bagus sangat. Hanya semata2 dorang ada kepakaran membuat kartun itu tidak bermakna dorang layak mengisahkan Nabi dengan jalan citer yang salah. Apatah lagi mengambarkan Nabi dalam keadaan ikutsukahotakdepa. 

Kita minta RTM alert hal neh.

Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.


Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.


RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.


Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.


Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Updated ;

Dari news online tadi RTM telah meminta maaf berhubung hal neh ;

KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. 

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi. RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. 

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera. 

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba. -HM-

Sozcyili : Cuba siar kartun2 berilmiah macam kat astro tv tue..