Hamil tiga bulan angkara abang kandung.
Apa lah spesis abang macam neh. Dia sepatutnya melindungi adik dia. Bukan nya menganiaya adik sendiri sampai mengandung. Keji dan terkutuk sungguh perbuatan dia neh. Kalau larh dapat bunuh, memang awal2 dah kena bunuh abang macam neh. Merogol satu hal. Neh mengandung lagi. Celaka punya abang.
Kalau aku kenal dorang neh aku akan suruh budak pompuan neh gugurkan kandungan dia. Itu lebih baik sebenarnya. Bayi dalam perut dia tue tak bersalah. Tetapi kehidupan dia akan berbelit nanti. Leceh. Nak hadapi persepsi masyarakat bukan isu. Tapi nak menerima hakikat diri ialah anak hasil rogol abang terhadap adik adalah kejam. Kalau ikut pandangan aku, terus terang aku cakap. Lebih banyak buruk dari yang baik.
Sebab tue kalau sapa2 yang mengandung akibat dirogol aku cadang elok gugur je. Buat apa nak sakitkan ahti dan susahkan diri dengan benda2 macam neh? So better gugurkan aje. Jalan penyelesaian terbaik. Di samping tue hukum abang dia dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejam dia. Bodoh gile dapat abang macam neh.
Baca bawah neh ;
PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.
Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.
Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.-HM-
Sozcyili : Inilah kebangsatan. Nafsu gile sampai adik jadi mangsa.