t>

Breaking News

Ibu paksa anaknya melacur.


Apa punya emak lah. Bodoh betul. Budak 14 tahun disuruh jual badan? Patut budak baya neh disuruh bersekolah, bukan disuruh melacur. Senget betul otak emak budak neh. Pendedahan neh dibuat oleh seorang ustaz. Itupun dalam operasi mencegah maksiat. So budak neh mestilah beragama islam, sekurang2nya.


Aku harap emak budak tue dihukum. Kegilaan apa seorang ibu menyuruh anaknya melacur? Bodoh gileee... geram betul larh aku baca berita neh. Grrr... sakit ahti sesangat. Rasa nak pijak2 emak budak tue. Kesian budak neh. Umur baru 14 tahun. Disuruh berhenti sekolah dan melacur. Apa larh nak jadi. Kita harap budak neh boleh dibimbing sebaik2nya. Susah juga nak blame dia. Dia pun dalam keadaan terpaksa kan. 

Neh seme salah mak dia. Ibu macam neh layak dipijak je. Baca news penuh kat bawah neh;

Damansara Damai: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja disuruh menjadi tukang urut sepenuh masa malahan turut dipaksa untuk melayan nafsu orang yang lebih tua daripadanya.

Perkara itu diceritakan oleh Imam Masjid Al-Muhtadeen, Ustaz Mohd Fadhil Mohd Nor yang mengetuai satu serbuan cegah maksiat di sebuah apartmen awal pagi kelmarin.

Menurutnya, remaja berusia 14 tahun ditahan berdua-duaan bersama seorang warga Nigeria berusia lingkungan 20-an di dalam sebuah bilik.

“Remaja itu mengakui kegiatannya itu adalah atas kehendak ibunya yang turut bekerja sebagai tukang urut sepenuh masa di rumah,” katanya.

Beliau berkata, dia terpaksa akur melayan kehendak ibunya kerana tidak mempunyai tempat lain untuk bergantung.

“Ketika ditanya remaja itu cuba menyembunyikan hal sebenar namun setelah didesak dia kemudian menceritakan segalanya,” katanya.

Difahamkan, remaja itu yang sudah tidak bersekolah tidak tahu berapa jumlah bayaran yang dikenakan jika dia melakukan hubungan seks bersama lelaki kerana hanya mengikut arahan ibunya sahaja.

Tambahnya lagi, remaja itu mengaku sudah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu beberapa bulan lalu.

“Kita serahkan pasangan itu bersama tiga lagi warga asing yang berada di dalam rumah itu kepada polis sebelum kes itu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-SH

Nota : Gambar ini ialah gambar hiasan.

Sozcyili : Ini baru betul2 mak ayam. Bodoh!!!!