t>

Breaking News

Malaysia ada satu lagi masjid terapung bernilai 12juta.


Siapa tahu tentang Masjid kristal di Terengganu?Aku tak pernah lagi tengok masjid tersebut depan2 kecuali melalui gambar. Cantik. Luas. Menarik. Tapi sayang jauh dan jarang digunakan. Itu yang aku dengar orang cakap pasal masjid neh. Jarak dia jauh menyebabkan masjid neh jarang digunakan. Mungkin lokasi tak sesuai. Ataupun kawasan sekitar masjid neh tidak dimajukan. 

Kalau kawasan berdekatan dimajukan dan dibangunkan boleh jadi masjid tersebut akan dapat menarik ramai orang untuk bersolat di dalam nya. Dengar citer pelancong lebih ramai berbanding orang yang bersolat di dalam masjid tersebut. Bukan pasal orang taknak bersolat tapi kedudukan masjid tue.. jauh. So orang lebih suka bersolat di kawasan yang berhampiran dengan rumah dan tempat kerja dorang. Gila apa nak semata2 bersolat datang situ. Hahaha..

Dan terbaru, di perlis telah wujud satu masjid yang terapung. Sesuai dengan nama masjid terbabit, Masjid terapung Alhussain yang bernilai 12juta. 

WOW..

Nak tahu ia dibina oleh siapa? Oleh seorang ahli perniagaan. 100% modal + dana datang dari dia. Tanpa gunakan wang kerajaan negeri. Hebat. Nama ahli perniagaan neh ialah Tan Sri Mohd Ariffin Yusoff. Sapa tah dia neh. Ada kaitan dengan affin bank ke? Hasil carian gagal menemukan gambar masjid neh. Aku rasa masjid neh dah siap dibina berdasarkan kepada titah sultan perlis disini

Tapi cari2 gambar tak jumpa pula. Mesti kaya betul orang yang bina masjid neh. 12 juta, bukan sejuta dua. Banyak pahala dia collect setiap kali orang bersolat di masjid yang dia bina kan? 

Nota : Kita faham bahawa "pembinaan solat" lebih penting dari pembinaan masjid. Apa yang ingin disampaikan disini ialah bukan mahu mengagung2kan pembinaan masjid yang mahal2 tetapi kurang jemaah fardhu tetapi sekadar menghayati senibina masjid.

Gambar di atas ialah gambar hiasan. Masjid di atas ialah masjid terapung di dubai. Di malaysia kita ada beberapa masjid terapung.

Sozcyili : Nak bina surau pun tak mampu.. ha ha ha