Tuntut duit rm500 anda di pejabat pos!
Rasanya ramai dah tahu bahawa kerajaan bagi insentif rm500 kepada setiap keluarga yang berpendapatan bawah rm3,000 sebulan kan? Tapi masih ramai yang belum tahu cara-cara nak claim duit terbabit. Ada yang cakap kena daftar di LHDN untuk memohon bantuan tersebut. Sebenarnya perkara itu kurang tepat.
Bantuan rm500 hanya akan mula di agihkan kepada setiap yang layak pada januari 2012. Itupun proses agihan akan dilakukan secara berperingkat. Hanya mereka yang berpendapatan rm3,000 [keluarga, bukan seorang diri] sahaja berhak menerima bantuan ini.
Untuk itu, kerajaan akan merangka satu sistem yang sesuai bagi mengenalpasti mereka yang berhak menerima bantuan agar ia dapat di agihkan dengan telus.
Baca bawah neh ;
Orang ramai yang layak menerima bantuan itu diminta tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.Ia kerana, urusan berkaitan pelaksanaan pemberian bantuan itu masih belum selesai dan pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan,Kenyataan itu menambah, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.-mynewshub-
Mungkin kerajaan akan buat sistem pendaftaran online. Senang juga kalau guna pakai sistem neh. Dan pembayaran pula akan dibuat menerusi pejabat pos dan kaunter BSN di seluruh negara. Tapi bantuan neh sekali je. Hheheh.. jangan lah ingat tiap2 tahun. Dan untuk dapat bantuan neh.. anda kena bayar GST taw..
Lihat bawah neh ;
So.. nak redha tak?
Hahahaah..
Sozcyili : Orang ramai dah mula mengunjungi LHDN rupanya.. bukti banyak keluarga berpendapatan bawah rm3,000 sebulan.