t>

Breaking News

Ali Rustam gesa gugur perkataan islam dari SIS dan iktirafkan homoseks sebagai ajaran sesat.



Ali Rustam bagi dua cadangan atas isu penganjuran SM [Seksualiti Merdeka] baru2 neh ;


1. Gugurkan perkataan ISLAM dari SIS = SISTER in Islam sebab sokongan mereka terhadap SM 

Dan

2. Iktirafkan homoseks sebagai ajaran sesat.

Cadangan pertama dia betul. Sememangnya selain dari isu sokongan terhadap SM, SIS juga banyak kali pernah membuat kenyataan yang kontroversi terutamanya dalam isu poligami dan aurat. Walaupun dah bagi hujah dan dalil kenapa rambut ialah aurat tetapi mereka tetap tidak peduli. 

Penentangan mereka terhadap poligami juga lantang. Yelah bukan semua hujah mereka salah tapi kalau ye pun nak tegur sikap suami yang tak bertanggungjawab tak perlu lah nak blame poligami. Poligami bukan perosak. Yang perosak tue sikap suami2 yang gagal berlaku adil. Dia letakkan kesalahan atas bahu yang salah. Sebab dia tak faham dan nampak isu sebenarnya kat sini. 

Tindakan2 mereka juga mengundang pelbagai persepsi dikalangan wanita. Jangan taktahu. Banyak wanita di luar sana pernah gunakan hujah SIS dalam isu aurat, poligami dan macam2 lagi. Neh lebih kurang macam menghasut. Taknak tutup aurat satu hal. Mempengaruhi orang lain dengan pendapat sendiri satu hal yang lain pula. Sebab dia neh badan [NGO] yang diiktirafkan oleh kerajaan. 

Kalau orang biasa macam aku dan ko bercakap lantaklah. Orang nak peduli apa. Tapi bila badan2 NGOs yang berpengaruh cakap, orang akan terpengaruh sedikit sebanyak. So cadangan mengugurkan perkataan Islam dari SIS adalah sangat tepat dan wajar. Supaya tiada lagi mana2 pihak terutamanya muslim terpengaruh dengan hujah2 merapu dari SIS. 

Cadangan kedua Ali Rustam ialah mengubal enakmen agama melaka agar mengiktirafkan homoseks sebagai ajaran sesat. Aku nampak isu neh ada pro dan kontranya. Ajaran sesat neh selalunya kita bercakap pasal bab2 akidah.

Tujuan nya ialah untuk tarbiah budak2 gay. Konon nya guna lesen ajaran sesat sebagai asbab nak tahan mereka. Tapi tah larh. Tidak kah tindakan neh akan membuatkan mereka menjadi lebih keras [menentang]? Lagipun macam mana pula dengan gay2 non-muslim? Yang neh aku pun confuse gak. 

Selain dari tarbiah [kaunseling] dorang juga akan didakwa di mahkamah syariah andai mengamalkan gaya hidup songsang. Hurmm..  Ada baik buruk aku rasa. Susah nak cakap. Apa kata kita tengok dulu kalau2 tindakan neh berkesan ataupun tidak.  Itu lebih baik.

Sozcyili : Sekolah gay takde ke?