Boleh saya sembelih babi di sekolah juga seperti mana saya potong ular di pasar malam?
Aku fikir dan fikir. Aku baca dan baca. Aku dapati ramai orang bukan islam tidak faham apa yang dimaksudkan sembelih lembu korban yang menjadi sebahagian daripada tuntutan islam. Pelik aku melihat mereka naik marah atas isu kecik neh. Lihat bawah neh ;
Sebenarnya lebih banyak komen2 yang tidak sepatutnya wujud dalam thread tersebut. Aku petik sedikit sahaja. Sebab itu je yang diperlukan pun. Ramai orang bukan islam di dalam thread tersebut tidak faham istilah korban dan kenapa perlu menyembelih di kawasan sekolah. Mereka fikir ia menyinggung perasaan orang hindu. Tapi aku percaya tiada orang hindu yang komen di dalam thread tersebut. Orang yang bukan hindu je yang lebih2 komen dan lebih2 terasa atas benda yang dorang sendiri tak sepatutnya terasa apa2. Heh.
Sekarang neh aku tiada niat dan minat nak balas keracistan dorang. Orang yang racist akan kekal menjadi racist andai tidak diberikan ubat anti-racist. Maka disini biar aku suntik ubat tersebut supaya mereka faham kenapa penyembelihan lembu korban boleh dilakukan di mana2 kawasan sehinggalah ia tidak melibatkan kepentingan dan hak orang bukan islam.
Kata mereka sekolah tempat belajar bukan tempat sembelihan.
Betul. Sebab tue kita tak open sekolah ketika korban. Ada kita tarik, heret dan paksa orang hindu untuk saksikan ia? Kita tidak. Dan sampai bila2 kita tidak akan berbuat demikian. Orang hindu tahu dan jelas tentang itu selama 55 tahun. Tiada sebab kenapa ia dibangkitkan pada tahun neh melainkan ia ada kaitan dengan SM.
Jangan marah. Neh ialah persepsi aku. Dipercayai perkara neh berkaitan dengan polis yang membantah penganjuran SM. Dan mereka2 yang beragama neh sepatutnya bangkit membantah tetapi kenapa hanya orang islam je zahirkan sokongan? Owhh.. jangan dipaksa aku menulis lebih lanjut tentang itu. Sebab itu islam ada Alquran yang mana tiada mana2 agama ada itu. Yang ada pun dia dah ubah ikut suka. Heh.
Kata mereka ini melibatkan isu kebersihan dan tempat awam.
Ya betul. Tapi ia dibersihkan selepas melakukan proses penyembelihan. Islam amat menitikberatkan kebersihan. Kita tak tinggalkan sekolah dalam keadaan kotor, berulat, busuk dan berkuman. Pernah dengar orang islam bagi virus kepada anda sebagaimana JE? Jangan diulas dengan lanjut tentang itu. Bukan malaysia tapi satu dunia anda bagi penyakit. Boleh kami haramkan ia masuk malaysia?
Kata mereka lakukan sahaja di rumah2 penyembelihan.
Hahahaha... ini idea paling bodoh + kelakar. Ko ingat ia melibat seekor lembu pada satu2 masa di satu2 kawasan? Aniya. Ia ada banyak lembu. Satu kawasan kecik je ada dekat 20 ekor lembu untuk ditumbangkan. Mana masjid muat semua tue. Mana boleh simpan semua di masjid. Sebab tue ada kawasan sekolah, rumah dan beberapa tempat awam [padang] digunapakai untuk tujuan tersebut.
Ko ingat rumah penyembelihan bersebelahan dengan rumah kami? Ko ingat semua tempat/kawasan ada rumah penyembelihan? Wahhhhhhh... kenapa tak sembelih ular dan katak di rumah penyembelihan? Kenapa buat di pasar malam? Kenapa ada babi yang potong, digantung di pasar2 pagi di kawasan2 kedai dan perumahan yang mana memungkinkan orang2 islam terpaksa ikut laluan tersebut untuk pergi kerja, kedai dan bank? Wahhh.. adakah ko benar2 nak memainkan isu agama dan ritual disini?
Jangan salah faham. Aku cuma bagi contoh tolenrasi. Sejak bila orang bukan islam suka pergi sekolah kebangsaan? Dorang sepatutnya benci dengan sekolah kebangsaan. Jadi apa benda yang sekolah kebangsaan buat ia sepatutnya tidak mengconcernkan mereka.
Contoh mudah. Sekolah cina gunakan mandarin + english sebagai bahasa pengantar di sekolah2 mereka. Lepas tue tiba2 aku masuk sekolah tersebut. Aku pula merunggut2. Kenapa nak cakap english or mandarin? Cakaplah melayu. Ini tidak adil. Aku perjuangkan hak2 aku dan kebebasan bersuara agar sekolah2 cina mengajar dalam bahasa melayu sebab aku melayu. Mereka kena adil. Mereka juga tak boleh jual babi di sekolah. Sebab aku orang islam. Waaaahhh.. bagaimana? Boleh? Sudah tentu tidak boleh. Ia bukan pasal majoriti. Tapi ia pasal tolenrasi dan kerjasama.
Dah tahu sekolah cina watpe sibuk2 daftar situ? Dah tahu ada upacara korban di sekolah buat apa susah2 pergi sekolah time cuti? Dah tahu ada orang potong ular dan katak di pasar malam buat apa lalu jalan tue, tengok dan singgah pula? Dah tahu ada pasar babi setiap hari rabu kenapa mesti nak tgk peniaga tersebut? Tutup mata dan jalan terus pergi kerja sudah. Semua benda boleh elakkan ma. You mao dengan takmao sahaja. Adakah meletakkan oren dan blablablab di kawasan kemalangan [jalannraya] bukan tempat awam? Ia tempat awam juga. Boleh kami komplen? Ia mencacatkan pemandangan jalanraya. Kotor. Ada lalat hurung. Boleh?
Tapi kami tidak. Buat apa nak komplen dan cari gadoh. Jangan anggap semua agama di malaysia ialah sama. Islam ialah agama rasmi. Lain2 agama bukan agama rasmi. Adakah antara rasmi dan tidak rasmi adalah serupa? Sudah tentu tidak. Tapi walaupun begitu adakah anda melihat mana2 orang islam menghalang apa2 ritual dan upacara perayaan anda?
Kadangkala aku bengang juga. Kenapa ko jual babi panggang open di taman bukit anggerik tue? Aku dah complaint banyak kali dulu. Aku takde masalah kalau ko nak makan babi. Tapi memanggangnya secara open? Bau nya masuk rumah whoorr. Hello kawan, saya tak makan babi ma. Kenapa you bagi bau babi sama saya? Sekarang jual juga cuma takde panggang2 open lagi. Okeylah tue. You nak makan you makan. I tak pernah nak halang you punya kesukaan. Janji you jangan paksa i untuk suka apa yang you suka. Itu cukup.
Kalau sampai tahap you paksa i untuk tolerate hal2 yang remeh pasal penyembelihan neh i cakap terus terang you memang stupid. Kalau you boleh ungkit satu hal, you fikir orang islam tak boleh bangkitkan banyak hal dalam agama you? Boleh. Tapi kami sengaja tidak mahu buat. Itu sebab kami islam dan anda bukan. Ia bukan sia2. Ada sebab Allah swt buat demikian. Heh.
Oleh itu sila lah hidup dengan memahami perbezaan antara kita. Sudah aku cakap banyak kali dulu. Sampai bila pun adalah mustahil untuk orang islam = bukan islam = menjadi sama dan satu. Ia mustahil. Sebagaimana mustahilnya lelaki berkahwin dengan lelaki = sperma + sperma = anak. Mustahil = tak mungkin. Tapi apa yang boleh kita buat ialah menerima,memahami dan menyesuaikan diri masing2 dengan perbezaan di antara kita. Itu jek.
Jangan keruhkan suasana atas nama hak sama rata. Itu tidak mungkin wujud. Sama rata bukan bererti keadilan. Keadilan ialah meletakkan perkara yang benar di tempatnya. Hak sama rata bererti bodoh + pandai = duduk satu level. Yang mana satu anda prefer? Keadilan ataupun hak sama rata?
Sozcyili : Makin bodoh.