t>

Breaking News

Ibu berniat bunuh bayi baru lahir.

Bongok. 

Lepas lahirkan anak terus nak bunuh?

Di manakah akal waras perempuan neh? Aku kadangkala tak faham pemikiran pompuan macam neh. Main pandai, mengandung pandai tapi nak buang anak tak pandai? Kalau dah berani main, berani mengandung apa salahnya berani bersalah di hospital dan berani serah bayi tersebut kepada rumah2 anak yatim? Susah sangat ke nak buat macam tue? 

Ingat polis akan kejar korang? Takde. Jangan takut. Takde sapa pun akan kejar, desak, kecam ataupun melihat korang dengan pandangan2 yang pelik. Benda neh dah banyak orang buat. Bukan ko sorang jek. Dah banyak bayi2 yang dilahirkan dengan cara begini diberikan kepada keluarga angkat. Dorang okey, korang pun akan okey [agaknyalah. Jangan tuntut budak lepas dia besar pula ek]. Itu barulah cara yang betul. Kalau taknak jaga anak, patut gugurkan budak tue dari awal2 lagi. Kenapa ko berani mengandung kemudian nak bunuh budak tue? 

Kalau dah awal2 berniat nak bunuh, bunuh sahaja ketika dia dalam perut korang. Sekurang2nya budak tue tak perlu alami kesakitan sebelum mati. Itulah yang orang cakap selalu cakap. Seorang perempuan boleh bertindak kejam. Lebih kejam dari lelaki. Seorang ibu yang sanggup bunuh anak sendiri selepas melahirkan adalah lebih kejam dari seorang bapa yang meliwat anak sendiri sebab perempuan tue bunuh anak sendiri yang baru keluar dari badan dia sendiri. 

Peh. 

Apa punya jenis kejam neh?

NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini. Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.

Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.-SH-

 Baca buku dapat ipad2

Sozcyili : Makin lama makin teruk..