t>

Breaking News

Kenapa saya benci bahasa melayu.

Perasan tak setiap kali iklan di tv, mesti ada 2 bahasa paling kurang. Iaitu bahasa malaysia dan bahasa cina. Sesetengah iklan ada 3 bahasa. Bahasa malaysia, bahasa cina [kantonis/mandarin] dan bahasa india [tamil]. Penting sangat ke iklan menggunakan pelbagai bahasa2 selain dari bahasa malaysia neh?

Ramai orang fikir bahawa bahasa malaysia = bahasa melayu. Sebenarnya itu ialah satu pemikiran yang songsang. Bahasa malaysia = bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan. Bahasa perpaduan. Bahasa yang sepatutnya digunakan untuk kita berkomunikasi dengan mudah dan bersatu di antara satu sama lain.

Bahasa melayu pula ialah bahasa melayu. Bahasa melayu neh ada pelbagai loghat ikut negeri masing2. Tak kesah lah berasal dari jawa ka siam ka apa ka yang penting bahasa tersebut diucapkan oleh orang melayu dan dituturkan oleh kaum melayu, oleh itu ia boleh sahaja di anggap sebagai bahasa melayu. Bahasa bagi kaum / bangsa melayu. Dan bahasa melayu neh bukanlah bahasa rasmi pun di malaysia neh. 

Ada pernah tengok iklan dalam bahasa kelantan, terengganu, perak, iban, dusun di tv? Bagaimana pula dengan bahasa negeri2 lain? Apa yang special sangat dengan bahasa tamil dan mandarin sehingga iklan pun perlu dibuat pelbagai versi bahasa? Bila drama melayu, iklan melayu. Bila drama cina, iklan cina, bila drama india, iklan tamil. Kenapa?

Kenapa perlu membudayakan iklan dan saluran tv sebagaimana kerajaan lakukan terhadap sekolah di malaysia? Ada saluran tv khusus untuk kaum cina, ada saluran tv khusus untuk kaum melayu, dan ada juga saluran khusus untuk kaum india.  Kenapa tidak sahaja saluran khusus untuk rakyat malaysia? Bagaimana pula andai nepal, bangladesh, indonesia dan lain2 kaum yang baru sahaja menjadi rakyat malaysia meminta saluran khusus untuk mereka? Dan meminta iklan dibuat dalam bahasa mereka pula? Bagaimana?

Sepatutnya kerajaan dari dulu lagi hanya perlu buat iklan dalam bahasa malaysia dan bahasa english. Perlunya dalam bahasa malaysia sebab bahasa malaysia ialah bahasa rasmi di malaysia. Ia adalah bahasa kebangsaan. Kita apabila dapat berkomunikasi dengan mudah dengan menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua orang, ini akan memudahkan penyatuan. Penyatuan lahir hasil dari perbincangan. Macam mana nak berbincang bila masing2 tak faham bahasa masing2?

Sorang cakap melayu, sorang cakap kantonis, sorang cakap tamil, pongpang2.. last2 gaduh. Pasal dah masing2 tak faham masing2. Sapa yang pandai2 wujudkan senario bodoh neh? Bila ada orang2 bangsa lain selain dari melayu tidak mahir berbahasa melayu dengan mudahnya kita menuduh mereka sebagai tidak patriotik. Tetapi adakah kerajaan kita patriotik bila mereka membuat dasar2 bodoh neh? Mereka juga tidak. Jadi macam mana nak salahkan rakyat malaysia apabila ada di antara mereka tidak mahir bertutur dalam bahasa malaysia?

Baru2 neh aku bertemu dengan seorang salesgirl dan salesman P1. Niat di ahti mahu mengubah haluan dari maxis kepada P1. Pakej dia agak menarik, murah dan berbaloi. So aku pun tanya2 dengan salesgirl tersebut. Korang tahu, walaupun dia dah duduk di malaysia selama 20 tahun dan sesungguhnya adalah rakyat malaysia yang tulen, dia tidak tahu bercakap bahasa malaysia.

Yang lelaki lagi dasat. Langsung tak boleh bercakap. Biar betul. Lue orang malaysia meh? Itulah yang aku tanya dia. Oleh kerana salesgirl itu sangat teruk bahasanya, maka aku bagitau dia, okey you cakap english, i faham. Then i reply english supaya you pun boleh faham. Tatau. English also? Yaa. Okey, apa bahasa you boleh? Cina sahaja. Okeylah. You cakaplah i faham. Tapi i reply melayu. Cina? Ya, tahu selalu tengok. Cakaplah. So dia cakaplah dalam bahasa cina pongpang2 dan aku memang memahaminya.

Haizh.

Sebab tue lah agenda memperkasakan bahasa malaysia neh perlu ada. Kita bukan nak pinggirkan bahasa lain. Jangan salah faham. Ini ialah bahasa penyatuan. Kita perlu belajar untuk faham dan terima perlunya hanya ada satu bahasa sahaja yang layak menjadi bahasa rasmi dan bahasa perpaduan. Bukan tak boleh masukkan bahasa tamil dan kantonis dan mandarin sebagai bahasa rasmi dan perpaduan. Boleh. Suruhlah kerajaan pakat2 ubah perlembagaan, dan suruhlah sekolah2 ajar bahasa2 neh kepada murid2. Kesannya kita jadi lebih pandai sebab lebih tahu banyak bahasa. Positif kan? 

Tapi kesan negatif pun ada. Sebab esok lusa, lain2 bahasa pun kena dimasukkan dalam perlembagaan dan diiktirafkan jadi bahasa rasmi. Mana aci orang melayu, india dan cina je. Bagaimana dengan sabah dan sarawak? Bagaimana dengan jawa? penang? kelantan dan lain2? Itu tak masuk lagi nepal, bangladesh, thailand dan blablabla. Boleh nampak tak perkara neh sebenarnya mengheret kepada permasalah yang lebih luas dan besar.

Jangan dibandingkan isu neh dengan bahasa english. Sebab bahasa english ialah bahasa ilmu pengetahuan. Hanya orang kurang faham sahaja yang meminggirkan kepentingan bahasa english. Perlunya penguasaan bahasa english di malaysia neh supaya kita boleh terokai ilmu2 melalui bahasa tersebut. Di jepun dan korea, mereka rajin terjemahkan buku2 ilmuan english ke dalam bahasa mereka supaya boleh dibaca oleh rakyat mereka. Adalah amat baik jika usaha mereka itu ditiru oleh kita. 

Kalau diperhatikan, iklan2 pekerjaan pun seringkali meminta pengetahuan bahasa mandarin sebagai syarat untuk mohon kerja. Bila diselidiki, kita dapati bidang kerja tersebut bukan nya perlu bertutur dalam bahasa mandarin pun. Saja buat syarat racist sebab majikan dia bersikap racist. Kenapa ini tidak pernah ditegur oleh kerajaan?

Sebaliknya apa yang kerajaan buat ialah dia suruh rakyat belajar bahasa mandarin. Aik.. kita pula kena tunduk dengan sikap racist? Daripada mengenakan akta, tindakan ataupun at least warning, kerajaan backing lagi majikan2 racist neh dan minta kita tunduk kepada tuntutan biadap mereka. Sudah semestinya mereka yang dibacking oleh kerajaan neh bukanlah beraliran politik dap kan?

Bukan tak bagos mengetahui banyak bahasa. Bagos. Memang bagos. Tapi apa guna meletakkan syarat bahasa andai ia sebenarnya bukan tertakluk kepada bidang kerja? Syarat bahasa diletakkan sebab nak pilih pekerja dari bangsa dia sahaja, kenapa mesti itu berlaku? Apa yang lemah sangat orang2 bukan berbangsa dari bangsa dia neh? Walaupun bukan semua orang melayu itu baik, tetapi menilai semua orang melayu malas dan jahat ialah biadap. 

Menilai bahawa semua orang islam leceh, cerewet dan menyusahkan juga adalah biadap. Sebagaimana orang islam boleh menghormati anutan agama lain, Penganut agama lain juga perlu belajar menerima dan memahami apa itu islam.

Bagi aku, adalah amat baik, andai iklan dalam bahasa lain dihentikan terus. Dan lebih baik kalau saluran tv ikut bangsa neh pun dihentikan terus. Dan lebih baik andai akta mencegah racism diwujudkan. Sudahlah selama neh kita dipisahkan dalam sistem pendidikan. Dan menular dengan meluas dalam sistem pekerjaan. 

Kini dalam bidang hiburan dan sosial pun kita dipisahkan. Macam mana kita nak bersatu bila kita sendiri seolah2 hidup dalam dua sistem yang berbeza? Macam mana kita nak berpadu bila masing2 bercakap dalam bahasa yang masing2 sesama sendiri pun tak faham?

Sozcyili : Sistem neh membencikan.