t>

Breaking News

Kisah sebenar lelaki melayu islam pertama yang kahwin dengan lelaki.



Nota :


1. Perbincangan neh menerusi email.

2. Pengirim email ialah lelaki di dalam gambar tersebut.

3. Lelaki dalam gambar menafikan kisah bahawa dia ialah gay.

4. Cerita dia boleh diikuti di bawah neh.

5. Dia meminta aku memadamkan entry post, tetapi rasa nya lebih elok kalau disiarkan pengakuan dia agar ramai orang boleh memahami situasi sebenar.

6. Walaupun tiada bukti bahawa dia berkata benar, aku juga tiada bukti bahawa dia menipu. So anggap sahaja apa yang dia nafikan adalah hal yang betul.

7. Maaf, tidak dedahkan email pengirim tetapi rasanya dia pun tak hingin digangu.

8. Aku juga minta maaf kepada dia kerana menyebarkan rantaian fitnah neh. 

9. Link asal boleh diperolehi di atas neh.

10. Gambar neh akan didelete / ditutup selepas beberapa tempoh bagi menghormati permintaan pengirim email.

TQ

Selamat membaca.


Assalamualaikum. Saya adalah orang yang di dalam gambar berkenaan. Gambar tersebut adalah benar akan tetapi deskripsinya tidak benar sama sekali. Gambar ini diambil ketika menghadiri majlis perkhawinan rakan wanita kami dan suaminya. Saya dan rakan saya yang berada di dalam gambar telah diminta membantu persiapan dan menjadi orang kuat dalam majlis itu. Disebabkan itu saya dan beberapa teman lain memakai baju kebangsaan dan bunga ros. 

Dalam majlis itu juga saya berkenalan dengan seorang teman dari Malaysia. Selepas dari majlis itu dia kerap menelefon saya dan bertanya khabar. Saya namakan dia si A. Satu hari si A menelefon saya dan meminta untuk bertemu. Dia menerangkan bahawa beliau ada masalah kewangan. Dia meminta agar saya meminjamkan sejumlah wang kepadanya. Saya memberitahu saya tidak ada sejumlah wang sebanyak itu. Namun saya tetap meminjamkan sedikit wang kepadanya. Seminggu kemudian dia menelefon lagi. Si A memberitahu saya suruh meminjam dari rakan saya yang berada dia dalam gambar itu. Jika tidak dia mengugut untuk menghantar gambar yang dikatakannya boleh memalukan saya dan keluarga saya. Saya tidak menghiraukan beliau dan memberitahu beliau bahawa saya akan memberitahu polis akan perihal beliau yang mengugut saya. Selepas kejadian itu si A telah menghilangkan diri. Teman terdekatnya memberitahu saya bahawa si A lari dengan barang-barang kepunyaan teman saya.

Kemudian ada beberapa rakan saya memaklumkan bahawa terdapat gambar saya di dalam blog blog di Malaysia. Ianya hangat diperkatakan sekarang ini. Mari saya ceritakan perkara sebenarnya berlaku di dalam gambar itu. Di dalam majlis itu si A ditugaskan untuk mengambil gambar pengantin dan juga tetamu tetamu yang hadir. 

Selepas majlis itu berlangsung, saya mencari-cari telefon bimbit saya. Saya sudah puas mencari di merata tempat. Saya mengesyaki bahawa saya meletakkannya di dalam kereta teman saya. Saya meminta kunci kereta dari rakan saya itu. Dia juga telah cuba untuk menelefon telefon bimbit saya ketika itu. Disebabkan itulah saya kelihatan seperti memegang tangan kawan saya itu. Sedangkan saya mengambil kunci kereta dari tangannya. 

Itulah penjelasan saya untuk gambar yang berkenaan. Adalah penting untuk saya memberitahu versi saya. Si A ini berasal dari negeri kedah. Kelibatnya tidak lagi kelihatan di negara ini. Rakan2nya juga telah saya telefon untuk mengetahui di mana dia sekarang. Saya sudah lama mengetahui akan perkara ini akan tetapi saya tidak memperdulikannya kerana saya memikirkan bahawa ianya tidak memudaratkan saya. Atas nasihat teman2 saya, mereka meminta saya untuk menulis kepada anda supaya menjelaskan perkara sebenar. Saya harus menjaga hati hati orang yang saya sayangi. Walaupun berita itu palsu, tetapi manusia tetap mempercayai. 

Untuk pengetahuan anda, saya bukan seorang pelajar. Saya pernah ke Greece. Akan tetapi rakan saya di dalam gambar ini tidak pernah menjejakan kaki beliau ke Greece ini. Secara logiknya bagaimana saya berkahwin dengan beliau sedangkan dia tidak pernah ke sana. Keduanya di negara Greece tiada undang2 yang membenarkan perkawinan sesama jenis. 

Sebagai kesimpulannya, gambar itu benar akan tetapi kejadiannya palsu. Keduanya, sebelum kita melaporkan sesuatu, hendaklah kita mendapatkan fakta yang sebenarnya. Maklumat yang paling sahih adalah dari si tertuduh dan penuduh itu sendiri. Si tertuduh itu tidak wajar disalahkan sebelum terbukti bahawa dianya benar2 bersalah. Sekian harap maklum. 

Tertuduh Terfitnah



Assalamualaikum. Maaf, saya tidak pasti emel pertama saya berjaya dihantar atau tidak? Apa yang saya katakan adalah benar. Minta jasa baik anda, menghapuskan entri berkenaan. Sungguhpun gambar itu benar, tapi apabila diletakkan pada tempat yang berlainan, lain pula jadinya. Saya sudah mengetahui akan perkara ini sejak lama lagi. Ianya berlaku hampir 3 tahun lepas. Saya telah meminta salah seorang admin webmaster untuk menghapuskannya dan beliau telah berbuat demikian. 


Cuma mungkin para pembaca-pembaca blog itu tidak mengetahui akan perkara tersebut, lebih hebatnya cerita itu dipotong, ditampal dan ditambah. Tidak ada rasa belas kasihan mencela dan menghina si tertuduh tanpa maklumat yang lengkap. Dan apabila kes Ariff meletus, isu ini ditimbulkan kembali. Ianya merebak seperti emel berantai yang tidak diketahui benar atau palsu. Setiap manusia melakukan kesilapan, saya maafkan anda. Cuma saya minta lebih berhati-hati di masa hadapan. Kredibiliti seseorang blogger terletak pada kesahihan sesuatu berita yang diterimanya. Jangan hanya kerana satu entri yang tidak benar, rosak reputasi anda sebagai seorang blogger yang mahu membawa perubahan. Sekian dimaklumkan.

Tertuduh difitnah.