t>

Breaking News

Makna disebalik wang kertas Malaysia yang baru [GAMBAR + VIDEO].














Cantik tak?

Setiap satu wang kertas neh mempunyai maksud tertentu yang digambarkan melalui corak [imej] wang kertas itu sendiri. 



RM1 ==> Sukan tradisional = membawa mesej bahawa wau ialah sukan tradisional yang masih kekal dimainkan terutamanya di terengganu dan kelantan. 

Penjelasan BNM ;


Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.



rm5 ==> Hidupan liar = membawa mesej sejenis burung enggang yang wujud di sarawak. Salah satu cara mempromosikan sarawak.

Penjelasan BNM ;


Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.



RM10 ==> Flora = membawa mesej sejenis bunga terbesar di dunia iaitu raffelesia yang wujud di malaysia.

Penjelasan BNM ;

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.



RM20 ==> Hidupan laut = membawa mesej dengan memperkenalkan spesis penyu yang hanya terdapat di malaysia.

Penjelasan BNM ;

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana



RM50 ==> Pertanian dan teknologi = membawa mesej bahawa kelapa sawit membantu pertumbuhan ekonomi di malaysia selaku salah satu pengeluar utama kelapa sawit. [ Harga minyak masak makin mahal :) ]

Penjelasan BNM ;

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.



RM100 ==> Keajaiban alam semulajadi = membawa mesej bahawa di malaysia juga terdapat alam semulajadi yang menarik dan di iktirafkan oleh UNESCO. Salah satu kempen mempromosikan kelebihan malaysia [ tanpa guna fb rm1.8j. :) ]

Penjelasan BNM ;

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Video berkenaan wang kertas yang baru neh ;

 

Setiap satu wang neh dicetak dengan niat mempromosikan malaysia dan budaya nya. Ia memang satu idea yang sangat kreatif. Hopefully dengan hanya melihat wang kertas malaysia, pelancong dapat mengenali keindahan malaysia selain daripada keunikkan makanan dan kepelbagaian bangsa di malaysia neh termasuk nepal, bangla, negro, dll. 

Ha Ha Ha

Adakah anda yakin anda sudah boleh mengundi? Semak kelayakkan anda disini sekarang.

Sumber dari sini.

Sozcyili : Paling suka duit rm20 dan rm5.. ha ha ha